Showing posts with label Kejohanan Catur MSS Selangor di Sabak Bernam. Show all posts
Showing posts with label Kejohanan Catur MSS Selangor di Sabak Bernam. Show all posts

Saturday, May 1, 2010

Gambar2 Menarik Catur MSS Selangor @Selangor Chess


Gambar di atas merupakan salah satu gambar2 menarik dari Laman Blog Selangor Chess.

Klik di sini untuk ke laman blog tersebut.


Friday, April 16, 2010

Daerah PETALING PERDANA (PP) Juarai Kejohanan Catur MSS Negeri Selangor 2010 di Sabak Bernam


Kontijen catur MSSD Petaling Perdana telah berjaya menjuarai kejohanan catur MSS Selangor 2010 yang telah selesai diadakan petang semalam. Kejohanan tersebut yang bermula pada 13 April sehingga 15 April telah diadakan di SMK Sungai Besar, Selangor. Kontijen Petaling Perdana telah bertolak dari Pejabat PPD di Seksyen 19 pada petang Isnin, 12 April dengan sebuah bas. Pasukan yang disertai oleh 24 orang pemain bagi 6 kategori yang dipertandingkan setelah berjaya sewaktu pemilihan di peringkat daerah minggu lalu telah diiringi oleh beberapa orang guru sebagai pengurus dan jurulatih serta Pengerusi Teknik (PT) ke Sungai Besar dengan keazaman membara untuk menjadi juara dan pemenang.

SYABAS dan TAHNIAH kerana setiap pemain bagi kontijen MSSD Petaling Perdana tidak pulang dengan tangan kosong. Ini kerana kontijen MSSD Petaling Perdana merupakan pemenang bagi setiap kategori.



Pasukan P12 telah diwakili oleh Anis Fariha Saleh, Aina Farzana Che Mohd Azemin, Intan Nor Syahida Hashim dan Nurulhana Syuhada Sulkifli. Pasukan ini telah mendapat tempat kelima acara berpasukan. Sementara Nurulhana telah berjaya mendapat tempat kelima acara individu. SYABAS dan TAHNIAH!


Para pemain bagi pasukan P15 adalah Jane Wee Li Yen, Nur Fairuz Shamsul Kamal, Nurul Adlina Mohd Sulkifly dan Vickie Hong Wee Ki. Pasukan P15 telah mendapat tempat ketiga acara berpasukan. Amat sayang sekali pemain-pemain Pasukan P15 gagal memenangi acara individu untuk keputusan yang lebih cemerlang. SYABAS dan TAHNIAH!


Wakil-wakil Pasukan P18 Petaling Perdana adalah Nur Syafiqah Othman, Winnie Hong Wee Ni, Chong Sy Ying dan Nur Fariha Mohd Jamri. Pasukan ini telah berjaya menjadi Naib Juara acara berpasukan. Winnie meneruskan kecemerlangan dengan menjadi Johan acara individu. Tahniah Winnie! SYABAS dan TAHNIAH!


Pasukan L12 telah diwakili oleh Muhd Ihsan Syahiran Mohd Najib, Tin Jun Hao, Muhd Azfar Zariq Abu Bakar dan Daryl Wong Cheng Lim. Tin Jun Hao yang berjaya menjadi Naib Johan acara individu telah berjaya mengetuai pasukannya untuk mendapat tempat keempat acara berpasukan. SYABAS dan TAHNIAH!


Sebagai juara MSSD PP, Low Jun Keat telah mengetuai Pasukan L15 yang juga disertai oleh Fikri Saleh, Sunil Kalivanan, dan Muhd Khidhir Muhd Zamani. Pasukan L15 sungguh cemerlang kerana berjaya mengesahkan diri sebagai Juara acara berpasukan sebelum pusingan terakhir. Mereka berjaya memungut mata yang tinggi (18/20). Fikri dan Sunil berjaya meneruskan kecemerlangan dalam acara individu setelah masing-masing berjaya mendapat tempat Pertama dan Kelima. SYABAS dan TAHNIAH!


Pasukan L18 yang dibarisi oleh Low Jun Jian, Tiam Wen Yong, Ashman Raziuddin Aliff dan Hazwan Lee Haris Lee juga cemerlang di kejohanan ini setelah berjaya mendapat tempat keempat acara berpasukan. Dua orang dari mereka iaitu Jun Jian dan Ashman masing-masing telah berjaya mendapat tempat ketiga dan kelima dalam acara individu. SYABAS dan TAHNIAH!

Dengan berbekalkan 108 mata, Daerah Petaling Perdana telah dinobatkan sebagai JUARA Kejohanan Catur MSSS edisi 2010. Kejayaan sebagai juara ini agak terencat sedikit kerana trofi pusingan tidak disampaikan sewaktu Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah.

CONGRATULATION kepada semua ahli kontijen catur MSSD Petaling Perdana. Mereka berhak kemenangan ini setelah berhempas pulas dan berjuang selama tiga hari kejohanan. Pelbagai kisah suka duka dan pengalaman pahit manis yang mereka lalui sepanjang kejohanan dan menetap di Sungai Besar bersama-sama semua guru pengiring. Semoga ia menjadi pengalaman yang amat berguna dalam mengharungi kehidupan yang lebih mencabar di masa akan datang.

Kontijen catur MSSD Petaling Perdana edisi 2010 seharusnya diberikan penghargaan setelah berjaya menjadi JUARA dalam kejohanan ini dan diraikan dalam satu majlis apresiasi.


Keputusan MSS Selangor 2010 di PPD Sabak Bernam (Acara Berpasukan)



Jadual di atas adalah ringkasan pemenang-pemenang bagi acara berpasukan bagi Kejohanan Catur MSS peringkat Negeri Selangor yang baru sahaja tamat semalam di Sungai Besar.


Kontijen Pasukan Catur Daerah Petaling Perdana (PP) 2010


Daerah PETALING PERDANA (PP) telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi kejohanan tahun ini. Cuma agak sayang, trofi pusingan tidak dapat dijulang oleh daerah tersebut mengikut tradisi tahun-tahun sebelumnya kerana difahamkan ia masih berada dalam simpanan juara bagi edisi tahun lepas. Diharap bagi edisi-edisi mendatang, pihak tuan rumah dapat memastikan trofi pusingan dapat disampaikan kepada pemenang. Begitu juga kepada daerah yang menyimpan trofi pusingan tersebut dapat memberi kerjasama menyerahkan kepada pihak tuan rumah sebelum kejohanan catur MSSS bermula. Semoga kejohanan catur MSS peringkat Negeri Selangor akan menjadi yang terbaik di negara ini dan menjadi model kepada yang lain.


Keputusan Mata Mengikut Daerah
  1. Petaling Perdana (PP) - 108
  2. Kelang (KLG) - 89
  3. Kuala Selangor (KS) - 83
  4. Petaling Utama (PU) - 69
  5. Kuala Langat (LGT) - 57
  6. Hulu Selangor (HS) - 53
  7. Gombak (GOM) - 47
  8. Sepang (SPG) - 44
  9. Hulu Langat (HL) - 44
  10. Sabak Bernam (SB) - 14
nota : Sila maklumkan jika ada sebarang kesilapan. Keputusan adalah dari catatan penulis sewaktu Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah dan ditaip semula.


SYABAS DAN TAHNIAH! UCAPAN TERIMA KASIH SEWAJARNYA DIBERIKAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT MENJAYAKAN KEJOHANAN CATUR MSSS 2010 di Daerah SABAK BERNAM terutamanya para guru yang mengurus dan memantau para pemain yang ada pelbagai kerenah dan ragam dan menghadapi pelbagai cabaran seperti menguruskan hal-hal administrative, pendaftaran, lodging dan lojistik i.e. pengangkutan.


Keputusan MSS Selangor 2010 di PPD Sabak Bernam (Individu)

Kejohanan Catur MSS Selangor 2010 di PPD Sabak Bernam,
13 - 15 April
(Venue : Dewan SMK Sungai Besar)


Berikut adalah keputusan Kejohanan Catur MSS Negeri Selangor kategori Individu yang baru berakhir semalam.

Perempuan B12
  1. Puteri Rifqah Fahada Azhar (LGT)
  2. Nur Najiha Azman Hisham (KS)
  3. Puteri Munajjah Az Zahra (LGT)
  4. Chin Shun Yi (PU)
  5. Nurulhana Syuhada M Sulkifi (PP)
  6. Nur Anisah Salihin (KLG)
Perempuan B15
  1. Amira Syahmina Zullkafli (HS)
  2. Nur Nabila Azman Hisham (KS)
  3. Goh Xin Yen (PU)
  4. Seri Aishah Che Hassan (SPG)
  5. Gan Xiang Han (KLG)
  6. Ainan Nuha Shamsul Anuar (KS)
Perempuan B18
  1. Winnie Hong Wee Ni (PP)
  2. Nur Mardhiatul Husna (GOM)
  3. Leong Yee May (KLG)
  4. Intan Asirah Darwis (SPG)
  5. Amanina Husna A Ridzuan (KLG)
  6. Lee May Chi (GOM)

Lelaki B12
  1. Mohd Fikri Farizal (LGT)
  2. Tin Jun Hao (PP)
  3. Mohd Noor Azam Mohd Noor (HS)
  4. Ethan Wong (PU)
  5. Leong Zhi Chen (KLG)
  6. Emir Rusyaidi Ahmad Nazari (KLG)
Lelaki B15
  1. Fikri Saleh (PP)
  2. Roshan Singh a/l Ajeet Singh (PU)
  3. Mohd Irfan Haqqim Azhar MS (KS)
  4. Tan Chee Wei (KLG)
  5. Sunil Kalivanan (PP)
  6. Zarul Izham Mohd Norain (HS)
Lelaki B18
  1. Mohd Nabil Azman Hisham (KS)
  2. Muhd Syakir Shazmeer Azhar MS (KS)
  3. Low Jun Jian (PP)
  4. Chan Sheng Yip (KLG)
  5. Ashman Raziuddin Aliff (PP)
  6. Muhd Abdullah Suhaini (HL)

SYABAS dan TAHNIAH kepada semua pemenang-pemenang. Kemenangan dan kejayaan ini perlu dipertahankan dan diperbaiki di tahun hadapan.

Kepada yang tidak berjaya menjadi pemenang, JANGAN BERPUTUS ASA. TERUSKAN USAHA DAN PERJUANGAN ANDA. Insya Allah, kejayaan akan datang setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Rajin praktis, belajar dan mentelaah buku-buku catur dan kerap sertai pertandingan serta mohon doa restu dan sokongan padu ibubapa.


nota : Sila maklumkan jika ada sebarang kesilapan. keputusan adalah dari catatan penulis sewaktu Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah dan ditaip semula.