Showing posts with label MSSD Petaling Perdana. Show all posts
Showing posts with label MSSD Petaling Perdana. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana 2013 (Sek Ren) - Hari Pertama


4 Feb 2013, Shah Alam - Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana bermula hari ini. Seramai 156 peserta bertanding dalam kategori Lelaki Bawah 12 Tahun (L12) dan 86 peserta bertanding dalam kategori Perempuan Bawah 12 Tahun (P12). Seperti beberapa tahun lalu, SK Seksyen 9 sekali lagi menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini.

Di bawah adalah pairing pusingan keempat bagi kedua-dua kategori Lelaki dan Perempuan.

L12 

L12

L12

P12

P12


Thursday, April 14, 2011

Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana 2011 - Hari Pertama

13 April 2011, Shah Alam.

Pada hari ini telah berlansung Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana peringkat sekolah rendah di SK Seksyen 9, Shah Alam. Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu L12 dan P12. Seramai 162 murid lelaki bawah 12 tahun bertanding dalam kategori L12. Manakala bagi kategori P12 pula, seramai 97 peserta mengambil bahagian. 

Sebanyak empat pusingan telah dijalankan pada hari ini. Kategori L12 akan bermain sebanyak 9 pusingan sementara kategori P12 pula akan bermain sebanyak 8 pusingan. Ini bermakna, esok sebanyak 5 pusingan lagi akan berlansung bagi kategori L12, manakala 4 pusingan lagi bagi kategori P12.

Kategori P12

Kategori P12
Bagi kategori P12, Nurul Hana Syuhada dari SKSS atau SK Seri Serdang telah diletakkan sebagai pilihan utama mengikut rating. Dalam pusingan keempat, beliau bermain buah hitam menentang lawannya Lyana Arissa Ahmad Zakir dari SKBJ. Sementara Nur Faqihah Aminuddin dan Anis Nabila Ahmad Zuhdi, kedua-duanya juga dari SKBJ, masing-masing bermain buah putih di meja kedua dan ketiga. Lawan Nur Faqihah adalah Wong Yunqi manakala lawan Anis Nabila pula ialah Najwa Ahmad Abd Rauf.

Kategori L12 

Kategori L12

Kategori L12

Lima pemain catur L12 SKBJ berjaya mendapat 3/3 mata penuh sebelum memasuki pusingan terakhir (keempat) pada hari ini. Mereka adalah Raja Bazil, Ihsan Syahiran, Faqih Aminuddin, Afiq Jamil dan Fahim Al-Faqeh Saleh. Daryl Wong dari Sekolah Sri KL sedang mengetuai peserta-peserta kategori L12 di meja utama dengan melawan Wilson Wong Wei Shien. Pemain pilihan utama, Cheong Yi Yao dari SJK(C) Lick Hung, terpaksa melepaskan papan utamanya setelah permainannya hanya sekadar seri di pusingan ketiga. 

Siapakah yang bakal menjadi juara L12 dan P12 dan seterusnya mengetui tiga pemain lain yang akan mewakili Daerah Petaling Perdana ke Kejohanan Catur MSS peringkat Negeri Selangor di Sungai Besar Mei nanti? Mampukah Nur Faqihah meneruskan kecemerlangan SKBJ dengan muncul sebagai johan kategori P12? Berjayakah Ihsan Syahiran kali ini bergelar sebagai juara kategori L12 yang terlepas dari cengkaman beliau pada tahun lepas?

Soalan-soalan ini bakal terjawab setelah pusingan terakhir selesai di hari kedua kejohanan. Ingatan, pusingan kelima atau yang pertama di hari kedua akan bermula tepat pada jam 8.00 pagi. Waiting time atau masa menunggu adalah selama 15 minit.

Thursday, April 8, 2010

MSSD PP Sek Ren - Part 3


Pairing Pusingan 5 - L12



Pairing Pusingan 5 - P12

nota :
  1. sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar
  2. L12 = Lelaki Bawah 12 Tahun
  3. P12 = Perempuan Bawah 12
  4. Pairing dalam sukan catur adalah satu sistem yang menemukan dua orang pemain catur, yang menang jumpa yang menang, yang kalah lawan yang kalah. Pertandingan atau kejohanan catur MSS menggunakan Sistem Swiss dengan kebiasaan kawalan masa (time control) adalah 30 minit (rapid chess) bagi setiap pemain. Ada juga yang menggunakan kawalan masa 45 atau 60 minit.

MSSD PP Sek Ren - Part 2


Venue Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana kategori sekolah rendah - SK Seksyen 9, Shah Alam



Top Boards bagi L12 sebelum pusingan kelima:
Papan utama - Sia Wen Yee (buah hitam, SK Subang Jaya (B) vs Muhd Ihsan Syahiran (SK Bukit Jelutong)
Papan kedua - Muhd Ikmal Azmi (buah hitam, SK Seksyen 9 (A)) vs Wafi Majdi (SK Seksyen 6 (A))



Top Boards bagi P12 sebelum pusingan kelima, terakhir di hari pertama - Anis Fariha Saleh (kiri) dari SK Bukit Jelutong dan Nurulhana Syuhada Sulkifly dari SK Seri Serdang.



Jumlah pemain2 catur sekolah rendah Daerah Petaling Perdana yang menyertai kejohanan ini:

L12 - 158 orang
P12 - 86 orang
Jumlah - 344 orang


MSSD PETALING PERDANA - Part 7 (The Final Official Standings)


Berikut adalah the official final standings bagi Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana yang telah selesai pad 5 & 6 April yang lalu.


Kategori L15



Kategori P15



Kategori L18



Kategori L15


note : click pictures for larger view

Wednesday, April 7, 2010

MSSD PETALING PERDANA - Part 6 (Keputusan Rasmi)


Berikut adalah keputusan rasmi:

Individu

L15
  1. Low Jun Keat - SMK USJ 12 (7.5/8)
  2. Fikri Saleh - SMK Seksyen 12 (7/8 - tie break 42.5)
  3. Sunil - SMK Subang Utama (7/8 - tie break 39.5)
  4. M Khidhir - SMK Seafield (6.5/8)

L18
  1. Low Jun Jian - SMK USJ 12 (8/8)
  2. Tiam Wen Yong - SMK Subang Utama (7/8)
  3. Hazwan Lee - SMK Bukit Jelutong (6.5/8 - tie break 49.0)
  4. Ashman Raziuddin - SMK Bukit Jelutong (6.5/8 - tie break 45.5)

P15
  1. Nurul Adlina Sulkifly - SMK Seri Indah (8/8)
  2. Vickie Hong Wee Ki - SMK Bukit Jelutong (7/8)
  3. Jane Wee Li Yen - SMK Bukit Jelutong (6/8 - tie break 42.0)
  4. Nurfairuz - SMK Alam Megah (6/8 - tie break 41.5)

P18
  1. Winnie Hong Wee Ni - SMK Bukit Jelutong (7/7)
  2. Nur Fariha - SAM Bestari (6/7)
  3. Nur Syafiqah Othman - SMK Seksyen 7 (5.5/7 - tie break 32.5)
  4. Choong Sy Ying - SMK Subang Utama (5.5/7 - tie break 30.0)

Berpasukan

L15
  1. SMK Subang Utama (24 mata)
  2. SMK USJ 12 (23 mata)
  3. SMK Seafield (22.5)
  4. SAM Bestari (21.5)

L18
  1. SMK USJ 12 (26.5 mata)
  2. SMK Bukit Jelutong (25 mata)
  3. SMK Subang Utama (21 mata)
  4. SMK Seksyen 9 (20.5 mata)

P15
  1. SMK Bukit Jelutong (22 mata)
  2. SMK Seri Indah (21 mata)
  3. SMK Seksyen 19 (19.5)
  4. SAM Bestari (19 mata)

P18
  1. SMK Bukit Jelutong (21.5 mata)
  2. SAM Bestari (18.5 mata)
  3. SMK SSAAS (16.5 mata)
  4. SMK Seksyen 7 (15.5 mata)

MSSD PETALING PERDANA - Part 5 (Gambar2 Pemenang Berpasukan)


Berikut adalah pemenang-pemenang kategori Berpasukan.


Kategori - Bawah 15 Lelaki





Kategori - Bawah 15 Perempuan




Kategori - Bawah 18 Lelaki





Kategori - Bawah 18 Perempuan





nota :
  1. maaf kerana ada gambar yang kualiti kurang baik
  2. gambar bagi kategori Bawah 15 Perempuan kurang satu kerana salah satu pasukan pemenang telah pulang

Beberapa fakta menarik:
  1. Pasukan catur lelaki SMK USJ 12 cemerlang apabila berjaya menjadi naib juara B15L dan juara B18L
  2. Pasukan SMK Bukit Jelutong sungguh cemerlang apabila menjadi pemenang dalam 3 kategori - Juara B15P & B18P, Naib Juara B18L
  3. Tuan rumah iaitu SMK SSAAS berjaya menjadi pemenang dalam kategori B18P setelah terlepas peluang dalam kategori B15L Individu
  4. Sebuah sekolah swasta, Tenby Schools Setia Eco di bawah penyeliaan Cikgu Aru, membuat penampilan sulung dalam kejohanan ini
  5. Kejohanan catur MSSD Petaling Perdana buat pertama kalinya diadakan tanpa set clock (hanya top boards yang disediakan) dan pemain2 perlu membawa set pieces sendiri kerana masalah budget

(C) Copyright to GiLoCatur 2010
Gambar-gambar koleksi GiLoCatur, dibenarkan download dan digunapakai dengan syarat diberi kreditasi yang sewajarnya.

MSSD PETALING PERDANA - Part 4 (The Final Round Pairings)


Berikut adalah pairings pusingan terakhir bagi setiap kategori kejohanan catur MSSD Petaling Perdana Sekolah Menengah yang berakhir semalam.


Bawah 15 Lelaki - 1/2

Low Jun Keat (USJ 12) menang di papan utama menentang Hakeem Ibrahim Nash (Seksyen 9). Dengan 7 kemenangan dan 1 seri (7.5/8 mata), beliau telah dinobatkan sebagai Juara B15L. Fikri Saleh (Seksyen 18) menang di papan kedua menentang Iskandar Dzulkarnain (Seksyen 19) dan menjadi Naib Juara dengan 6 kemenangan dan 2 seri (7/8 mata).

Bawah 15 Lelaki - 2/2

Bawah 15 Perempuan

Nurul Adlina Sulkifly (Seri Indah) di papan utama telah dinobatkan sebagai Juara. Di antara pemenang2 yang lain adalah Vickie Hong We Ki dan Jane Wee Li Yen ( kedua-duanya dari Bukit Jelutong).

Bawah 18 Lelaki - 1/2

Seperti yang diramalkan, Low Jun Jian (USJ 12) telah berjaya menjadi Juara bagi kategori B18L.
Beliau akan mengetuai kategori tersebut ke kejohanan catur peringkat negeri Selangor di Sabak Bernam minggu depan.

Bawah 18 Lelaki - 2/2

Bawah 18 Perempuan


Begitu juga bagi kategori B18P di mana pemain pilihan, Winnie Hong Wee Ni (Bukit Jelutong), telah menjadi Juara. Beliau bakal mengetuai saingan bagi Daerah Petaling Perdana kategori perempuan di kejohanan catur MSSS minggu depan.


(nota : sila klik gambar untuk larger view)

MSSD PETALING PERDANA (Sek Rendah) - Part 1


Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana kategori sekolah menengah baru sahaja selesai semalam (Selasa, 6 April). Hari ini, Rabu, 7 April akan bermula bagi kategori sekolah rendah. Berikut adalah jadual tentatif :


Perkara : Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana - Kategori Sekolah Rendah (Bawah 12)

Venue : Dewan Sekolah Seksyen 9, Shah Alam

Tarikh : 7 & 8 April 2010


7 April, RABU

8.00 - 8.30 pg : Pendaftaran

8.30 - 8.45 pg : Taklimat

9.00 - 10.00 pg : Pusingan 1

10.15 - 11.15 pg : Pusingan 2

11.30 - 12.30 ptg : Pusingan 3

1.00 - 2.00 ptg : Pusingan 4

2.15 - 3.15 ptg : Pusingan 5


8 April, KHAMIS

8.30 - 9.30 pg : Pusingan 6

9.45 - 10.45 pg : Pusingan 7

11.00 - 12.00 tgh : Pusingan 8

12.30 ptg : Penyampaian Hadiah



Tuesday, April 6, 2010

MSSD PETALING PERDANA - Part 3 (Gambar2 Kejohanan)





Gambar-gambar di pusingan keenam Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana, SELANGOR.