Wednesday, April 7, 2010

MSSD PETALING PERDANA - Part 4 (The Final Round Pairings)


Berikut adalah pairings pusingan terakhir bagi setiap kategori kejohanan catur MSSD Petaling Perdana Sekolah Menengah yang berakhir semalam.


Bawah 15 Lelaki - 1/2

Low Jun Keat (USJ 12) menang di papan utama menentang Hakeem Ibrahim Nash (Seksyen 9). Dengan 7 kemenangan dan 1 seri (7.5/8 mata), beliau telah dinobatkan sebagai Juara B15L. Fikri Saleh (Seksyen 18) menang di papan kedua menentang Iskandar Dzulkarnain (Seksyen 19) dan menjadi Naib Juara dengan 6 kemenangan dan 2 seri (7/8 mata).

Bawah 15 Lelaki - 2/2

Bawah 15 Perempuan

Nurul Adlina Sulkifly (Seri Indah) di papan utama telah dinobatkan sebagai Juara. Di antara pemenang2 yang lain adalah Vickie Hong We Ki dan Jane Wee Li Yen ( kedua-duanya dari Bukit Jelutong).

Bawah 18 Lelaki - 1/2

Seperti yang diramalkan, Low Jun Jian (USJ 12) telah berjaya menjadi Juara bagi kategori B18L.
Beliau akan mengetuai kategori tersebut ke kejohanan catur peringkat negeri Selangor di Sabak Bernam minggu depan.

Bawah 18 Lelaki - 2/2

Bawah 18 Perempuan


Begitu juga bagi kategori B18P di mana pemain pilihan, Winnie Hong Wee Ni (Bukit Jelutong), telah menjadi Juara. Beliau bakal mengetuai saingan bagi Daerah Petaling Perdana kategori perempuan di kejohanan catur MSSS minggu depan.


(nota : sila klik gambar untuk larger view)

MSSD PETALING PERDANA (Sek Rendah) - Part 1


Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana kategori sekolah menengah baru sahaja selesai semalam (Selasa, 6 April). Hari ini, Rabu, 7 April akan bermula bagi kategori sekolah rendah. Berikut adalah jadual tentatif :


Perkara : Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana - Kategori Sekolah Rendah (Bawah 12)

Venue : Dewan Sekolah Seksyen 9, Shah Alam

Tarikh : 7 & 8 April 2010


7 April, RABU

8.00 - 8.30 pg : Pendaftaran

8.30 - 8.45 pg : Taklimat

9.00 - 10.00 pg : Pusingan 1

10.15 - 11.15 pg : Pusingan 2

11.30 - 12.30 ptg : Pusingan 3

1.00 - 2.00 ptg : Pusingan 4

2.15 - 3.15 ptg : Pusingan 5


8 April, KHAMIS

8.30 - 9.30 pg : Pusingan 6

9.45 - 10.45 pg : Pusingan 7

11.00 - 12.00 tgh : Pusingan 8

12.30 ptg : Penyampaian Hadiah



Keputusan MSSD Kuala Langat - Kategori Sekolah Rendah


Berikut adalah pemenang-pemenang bagi MSSD Kuala Langat kategori sekolah rendah (Bawah 12)

L12
1. Muhd Fikri Farizal (SK Jenjarom - 6.0 / 6.0)
2. Muhd Zaiful Roslan (SK Jenjarom - 5.0 / 6.00
3. Muhd Hafidzuddin Junaidi (SRAI Sg Manggis - 4.0 / 6.0)
4. Muhd Fahmi Farizal (SK Jenjarom - 4.0 / 6.0)

P12
1. Puteri Rifqah Fahada (SK Jenjarom - 6.0 / 6.0)
2. Puteri Munajjah Az-Zahraa (SK Jenjarom - 5.0 / 6.0)
3. Nurul Aqiella Hairudin (SK Jenjarom - 4.0 / 6.0)
4. Hany Qistina Shahrul Zafies (SK Jenjarom - 4.0 / 6.0)


TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG!

Jelas sekali, Sekolah Kebangsaan Jenjarom menguasai kejohanan catur MSSD Kuala Langat dengan memenangi 7 dari 8 senarai pemenang.


Tuesday, April 6, 2010

MSSD PETALING PERDANA - Part 3 (Gambar2 Kejohanan)





Gambar-gambar di pusingan keenam Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana, SELANGOR.


MSSD PETALING PERDANA - Part 2


Kejohanan catur MSSD Petaling Perdana semakin panas dan hangat! Lima pusingan telah selesai. Sekarang sedang berlansung pusingan keenam. Sebahagian keputusan pusingan telah diketahui. Berikut adalah kedudukan selepas pusingan kelima dan pairing pusingan keenam.


Kategori Lelaki Bawah 15

Hanya tinggal tiga pesaing yang memiliki mata penuh. Tan Wee Kiat (Subang Jaya), Iskandar Danial (tuan rumah) dan Low Jun Kiat (USJ 12). Sementara dua pemain berada 1/2 mata di belakang - Fikri Saleh (Seksyen 18) dan Sheah Jie Yie (SS 17). Wee Kiat dan Danial di papan utama sementara Jun Kiat bertemu Fikri di papan (board) kedua. Jie Yie pula bermain buah putihn menetang M Farhan (SAM Bestari). Keputusan permainan mereka sangat penting bagi menentukan siapa yang bakal menjadi juara. Agak menarik juga kerana Top 3 Boards dari sekolah-sekolah berlainan.


Kategori Perempuan Bawah 15

Hanya tinggal dua pemain, yang juga pilihan, yang mengumpul perfect 5 mata ketika memasuki pusingan keenam. Di papan utama, Vickie (Bukit Jelutong) dan Nurul Adlina (Seri Indah) bersaing untuk menentukan siapa yang bakal memungut perfect score, 6/6 mata. Pertembungan ini kritikal bagi kategori ini kerana siapa yang menang akan ada advantage untuk menjadi juara. Kesemua pemain-pemain di empat papan berikutnya ketinggalan 1 mata di belakang Vickie dan Adlina.


Kategori Lelaki Bawah 18

Bagi kategori Lelaki Bawah 18, empat pemain menggungguli dengan mata penuh 5/5. Tiga dari mereka adalah dari Bukit Jelutong - Ashman Raziuddin, Hazwan Lee dan Harithran. Ashman dan Hazwan bertemu di papan utama, sementara Harithran perlu bermain bersungguh-sungguh untuk menang dengan Low Jun Jian (USJ 12), juara kategori Lelaki Bawah 15 tahun lepas dan pemain negeri Selangor. Manakala, Wan Shafiq dan Ammar, kedua-duanya dari Seksyen 18 berlawan sesama pasukan. Shafiq telah mengumpul 4.5/5 mata dengan 4 kemenangan dan satu seri. Manakala Ammar mengumpul 4/5 mata bersama-sama ramai lagi peserta-peserta lain. Kedudukan boleh berubah-berubah untuk tiga lagi pusingan.


Kategori Perempuan Bawah 18

Sebagai pemain pilihan dan pemain negeri, Winnie (Bukit Jelutong) mengungguli kategori beliau iaitu Perempuan Bawah 18. Dengan 5/5 mata, Winnie di cabar Choong Sy Ting (Subang Utama) yang mempunyai 4.5/5 mata bersama pemain Seksyen 7, Nur Syafiqah Othman. Syafiqah bermain buah hitam di pusingan keenam melawan Siti Khairiah Natashah (Seksyen 24[2]).

Untuk makluman, kesemua kategori akan bermain 8 pusingan kecuali hanya 7 pusingan bagi kategori Perempuan Bawah 18. Semua pemain-pemain di Top 10 board sedang berdebar-debar untuk tiga / dua lagi baki pusingan untuk mendapat tempat kemenangan. Begitu juga kesemua guru-guru pengiring dan beberapa orang ibubapa yang turut hadir di tempat kejohanan.

SELAMAT BERTARUNG!

Monday, April 5, 2010

MSSD PETALING PERDANA - Part 1


Kejohanan catur MSSD Petaling Perdana (PP) telah bermula. Venue kejohanan adalah di Dewan Tun Sri Lanang, SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS). Empat kategori di pertandingkan - Bawah 15 Lelaki & Perempuan, Bawah 18 Lelaki & Perempuan. Bagi setiap kategori ada Individu dan Berpasukan. Semua pemain-pemain akan bertanding sebanyak 8 pusingan mengikut Sistem Swiss.



Berikut adalah statistik peserta bagi setiap kategori:

Bawah 15 Tahun

Lelaki - 117
Perempuan - 58


Pemain2 pilihan?

Low Jun Keat dari SMK USJ 12, Iskandar Danial dari SMK SSAAS, Irfan Rendrawan dan Ahmad Zarif dari SMK Bukit Jelutong dan Fikri Saleh dari SMK Seksyen 18.

Vickie Hong We Kie dari SMK Bukit Jelutong, Nurul Adlina Sulkifly dari SMK Seri Indah dan Reshara Sundram dari SMK Subang Utama.

Bawah 18 Tahun

Lelaki - 134
Perempuan - 74

Pemain2 pilihan?

Low Jun Jian dari SMK USJ 12

Winnie Hong We Ni dari SMK Bukit Jelutong





Pusingan pertama telah pun selesai, menunggu "pairing" pusingan kedua keluar. Pelbagai ragam dan keletah pemain2 dan guru2 pengiring boleh dilihat. Memandangkan kebanyakan peserta jarang2 dan ada yang tidak pernah menyertai pertandingan catur, pelbagai "confusion" telah berlaku. Sebagai contoh, ramai yang tidak faham membaca pairing. Mereka tidak tahu nama pertama bermain buah putih dan nama kedua bermain buah hitam. Tambahan pula, setiap pemain putih perlu membawa buah catur atau "chess pieces" sendiri ke dalam dewan pertandingan. Boleh difahami kenapa ini berlaku. Ia adalah sebagai usaha untuk menjimatkan kos yang terlibat mengadakan kejohanan dengan tidak perlu menyewa chess set.


Saturday, April 3, 2010

MSSD PETALING PERDANA - 5 hingga 8 APRIL


Di bulan April dan Mei, banyak kejohanan-kejohanana catur MSS (Majlis Sukan Sekolah2) peringkat daerah dan negeri yang akan diadakan. Di bulan Jun pula, kejohanan catur MSSM akan berlansung di Negeri Perlis Indera Kayangan.

Negeri Selangor Darul Ehsan akan melansungkan kejohanan MSSnya pada 13 hingga 15 April. Pada edisi kali ini, Daerah Sabak Bernam akan menjadi tuan rumah. Memandangkan kejohanan catur MSSD bagi PPD Petaling Perdana (PP) akan berlansung minggu hadapan - Sekolah Menengah pada 5 & 6 April manakala Sekolah Rendah pula pada 7 & 8 April, pemain-pemainnya agak kesuntukan masa untuk membuat persiapan rapi.

Tuan rumah bagi kejohanan catur MSSD PP bagi edisi kali ini masih tetap sama seperti tahun lepas iaitu Sekolah Menengah Seksyen 2 bagi kategori sekolah menengah manakala Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 bagi kategori sekolah rendah.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA PESERTA MSSD PP!


Berikut adalah gambar-gambar kejohanan catur MSSD PP edisi tahun 2009 dari koleksi GiLoCatur.






MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH










Pasukan catur SKBJ (gambar atas) yang cemerlang setelah menggondol pingat emas bagi semua kategori - Juara Individu Lelaki & Perempuan dan Juara Berpasukan Lelaki & Perempuan.

Enam pemain SKBJ seterusnya telah mewakili Petaling Perdana di peringkat negeri. Salah seorang darinya telah berjaya mewakili Negeri Selangor ke peringkat MSSM dan berjaya memenangi pingat emas.