Tuesday, February 19, 2013

Kategori L15 - Hari Pertama


Top Seed bagi kategori L15 adalah Leong Zhi Chen dari PPD Kelang. Mampukah beliau menjuarai kategori ini untuk edisi 2013? Siapakah pemain-pemain lain yang mampu menyekat Zhi Chen dari menjadi juara? Ng J-Ri (PPD Hulu Langat)? Muhammad Noor Azam (PPD Kuala Selangor)? Ethan Wong Hsien Aun (PPD Petaling Utama)? Pasti persaingan sengit akan berlaku. Tunggu ... jawapannya akan diketahui di Hari Ketiga pertandingan.

Pusingan pertama

Pusingan kedua

Kategori L18 - Hari Pertama


Dalam kategori L18, Vinton Wong Hsien Loong (PPD Petaling Utama) merupakan juara bertahan. Mampukah Vinton menjadi juara lagi dengan kehadiran Roshan Singh (PPD Petaling Utama) dan Irfan Haqqim (PPD Kuala Selangor)? Roshan merupakan juara kebangsaan 2012.  

Pusingan pertama

Pusingan kedua

Kategori P18 - Hari Pertama


Siapakah yang bisa mencabar Nur Nabila dari PPD Kuala Selangor untuk menjuarai kategori P18? Mampukah pemain seperti Tan Shie Mei (PPD Kelang), Nurul Adlina (PPD Petaling Perdana) atau Seri Aisyah (PPD Sepang) mengekang Nabila?

Pusingan pertama

Pusingan kedua

Kategori P12 - Hari Pertama


Berjayakah Puteri Munajjah dari PPD Kuala Langat sebagai Top Seed menjuarai kategori P12 Individu di Kejohanan Catur MSSS tahun ini? 

Pusingan pertama

Pusingan kedua

Monday, February 18, 2013

Kejohanan Catur MSSS 2013 Sudah Tiba


Venue kejohanan
Sekolah Seri Puteri yang terletak di Cyberjaya akan menjadi medan mencari juara-juara catur MSS di seluruh Negeri Selangor bagi edisi 2013. Seramai 240 orang pemain catur dari 10 daerah di Negeri Selangor   akan berentap mempamerkan kehandalan taktik dan strategi di papan catur bermula Isnin, 18hb Februari 2013.

SELAMAT BERTANDING!

Tuesday, February 5, 2013

Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana 2013 (Sek Ren) - Hari Pertama


4 Feb 2013, Shah Alam - Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana bermula hari ini. Seramai 156 peserta bertanding dalam kategori Lelaki Bawah 12 Tahun (L12) dan 86 peserta bertanding dalam kategori Perempuan Bawah 12 Tahun (P12). Seperti beberapa tahun lalu, SK Seksyen 9 sekali lagi menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini.

Di bawah adalah pairing pusingan keempat bagi kedua-dua kategori Lelaki dan Perempuan.

L12 

L12

L12

P12

P12