Showing posts with label CATUR. Show all posts
Showing posts with label CATUR. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Queen's Gambit Accepted : 3.e4 e5!

Kali ini saya ingin berkongsi beberapa permainan MSSM 2010 yang dimulakan dengan pembukaan Queen's Gambit Accepted. Oleh kerana kebanyakan masalah hitam dalam permainan Queen's Gambit Declined berpunca daripada kedudukan pieces yang agak tersekat / "cramp", hitam mempunyai satu lagi alternatif untuk mengelak daripada kedudukan cramp dalam Queen's Gambit iaitu bermain Queen's Gambit Accepted.

1.d4
Putih memulakan permainan dengan menyerang petak tengah e5 dan membuka ruang untuk pergerakan Bishop dan Queen.

1...d5
Hitam turut mengambil langkah yang sama dengan menyerang petak e4 dan membuka ruang untuk Queen dan Bishop keluar.

Selepas 2.c4

2.c4
Queen's Gambit. Putih menawarkan pawn-c untuk ditukar dengan pawn-d, iaitu centre pawn bagi hitam. Ini adalah antara cara yang betul untuk menyerang pawn-d hitam, kerana ia dilindungi secara langsung oleh Queen hitam di petak d8. Oleh itu, putih mengancam untuk mengambil pawn-d, cxd5 dan sekiranya hitam membalas dengan ...Qxd5, putih boleh bermain Nc3, mengambil tempo untuk develop sambil menghalau Queen hitam.

2...dxc4
Queen's Gambit Accepted. Hitam menerima cabaran putih, untuk menukar pawn-c dengan pawn-d secara percuma! Hitam memilih untuk develop pieces secara selesa dengan memberikan peluang kepada putih untuk mengusai centre terlebih dahulu dan dalam masa yang sama putih juga perlu mendapatkan kembali 1 pawn yang diberi percuma kepada hitam. Namun, putih perlu berhati-hati kerana sekiranya putih bermain dengan tempo perlahan, hitam akan dapat mencabar penguasaan centre putih dengan bermain ...e5!

Selepas 3.e4

3.e4
Putih tidak mahu membuang masa untuk menguasai centre dengan pawn-d dan e. Kira-kira 30 tahun dahulu, gerakan ini dianggap satu kesalahan opening kerana ia membenarkan hitam terus bermain ...e5! Kebiasaannya putih akan bermain 3.Nf3 terlebih dahulu, untuk mengelakkan hitam bermain 3...e5. Apabila bermain 3.e4, putih perlu bersedia untuk menerima hakikat bahawa dia tidak akan mendapatkan semula 1 pawn yang dikorbankannya dalam masa terdekat. Ia dianggap sebagai "long-term pawn sacrifice" oleh GM Edmar Mednis ketika memberikan komen permainan antara GM Kasparov - GM Anand (Linares 2000).

Dalam kejohanan MSSM 2010, beberapa pemain telah melakukan kesilapan ketika membalas gerakan ini. Perhatikan contoh berikut :

Putih : Tang Wei Kit (Pulau Pinang)
Hitam : Ahmad Syafiq Ahmad Tarmizi (Kelantan)
Berpasukan Lelaki Bawah 12, 11 Jun 2010, MSSM 2010, Pusingan 7, Papan 4.

1.d4 d5
2.c4 dxc4
3.e4 e6?!

Selepas 3...e6
Hitam memberikan ruang untuk putih mengambil semula pawn c4 dengan mudah. Gerakan yang tepat ialah 3...e5! Namun permainan ini berakhir dengan keputusan seri.

Perhatikan juga contoh yang lain :

Putih : Ng Yun Hui (Wilayah Persekutuan)
Hitam : Nadira Mohd. Niza (Kedah)
Individu Perempuan Bawah 18, 8 Jun 2010, MSSM 2010, Pusingan 3.

1.d4 d5
2.c4 dxc4
3.e4 e6?!
Dalam permainan ini, putih menguasai sepenuhnya permainan dan pada gerakan ke 23, putih terus memusnahkan kedudukan hitam. Perhatikan diagram berikut :

23.Ng6+

Putih akhirnya memenangi pertarungan ini pada gerakan ke-50 dengan gerakan checkmate!

Berikut ialah permainan antara 2 GM, yang turut diberikan komentar oleh GM Edmar Mednis. Diharap ia dapat membantu kita untuk lebih memahami Queen's Gambit Accepted :

Putih : GM Garry Kasparov
Hitam : GM Viswanathan Anand
Linares 2000

1.d4 d5

2.c4 dxc4 Queen's Gambit Accepted
3.e4

3...e5!
Gerakan yang penting. Hitam tanpa membuang masa terus mencabar penguasaan centre putih.

4.Nf3
Develop sambil menyerang pawn e5 dan melindungi pawn d4.

Selepas 4...exd4
4...exd4
Hitam memiliki kelebihan 2 pawn sekarang. Putih boleh memilih sama ada untuk bermain Nxd4 ataupun Bxc4.
GM Joel Lautier pernah mencuba 4...Bb4+?! namun gerakan ini kurang tepat berdasarkan komen GM Robert Byrne. Idea hitam ialah untuk develop Bishop terlebih dahulu, diikuti dengan develop Knight g8-e7 dan castling. Masalah hitam ialah ia memberikan tempo kepada putih untuk menyerang bermula dengan Nc3 dan kemudian putih akan dapat tempo menyerang Bishop b4 hitam dengan bermain pawn a3 dan b4 dan seterusnya menguasai Queenside. Dalam permainan ini, Lautier tewas selepas 27 gerakan. Sila rujuk permainan antara GM Etienne Bacrot - GM Joel Lautier, French Championship Rapid Playoff 2002.

Selepas 5.Bxc4

5.Bxc4
Kasparov memilih 5.Bxc4. Pawn d4 hitam diserang oleh 2 pieces putih. Hitam perlu mempertahankannya!
 
5...Nc6
Hitam berusaha mengekalkan pawn d4 bagi mengganggu koordinasi pieces putih.
 
6.0–0
Selamatkan King sebelum amukan dibuat.
 
6...Be6
Hitam tidak mahu memberikan ruang untuk putih mengatur strategi. Hitam terus mengganggu kedudukan strategik Bishop c4.
 
7.Bb5
Melarikan diri sambil melakukan pin dan secara tidak langsung memaksa hitam sekali lagi mempertahankan pawn d4.

Selepas 7...Bc5
7...Bc5
Hitam tetap mempertahankan pawn d4.


8.Nbd2
Knight ini boleh melompat ke petak b3 atau e4 (selepas pawn ke e5). Putih menghalang sementara laluan Bishop c1.
 
8...Qd6!?
Hitam bersedia untuk castling Queenside, menguatkan d-file dan seterusnya mennggunakan pawn d4 untuk melancarkan serangan ke kubu putih.
 
9.e5
Putih mengambil peluang dari kedudukan Queen di petak d6.
 
9...Qd5 10.Ng5
Menyerang kedudukan Bishop di petak e6. Mengapakah putih memberikan pawn e5 secara percuma? Sekiranya 10...Qxe5 11.Nxe6 fxe6 (if 11...Qxe6? 12.Re1) 12.Re1 dan hitam terdedah kepada serangan putih terutama pawn e6 dan kingside yang lemah serta gerakan Qh5+ sambil menyerang Bishop c5.

Selepas 10.Ng5
 10...0–0–0!
Menyelamatkan King dan d-file kini dikuasai oleh hitam.
 
11.Bc4
Memaksa Queen berundur dan seterusnya menyerang Bishop e6.

Selepas 11...Qd7

11...Qd7
Satu-satunya tempat yang selamat. Kasparov memberikan analisis berikut : 11...Qxe5!? 12.Ne6 fxe6 13. Re1 Qf6 14.Ne4 Qf8 sebagai unclear. Oleh itu, Anand memilih untuk bermain "selamat" dengan memilih 11...Qd7, namun demikian bagi Kasparov ia adalah pilihan yang tidak selamat!
 
12.Nxe6
Menukar Bishop hitam dengan Knight.
 
12...fxe6 Forced.
 
13.b4!!
Mengorbankan 1 lagi pawn! Putih terus berusaha membuka ruang untuk menyerang Queenside hitam.

Selepas 13.b4

13...Nxb4
Kasparov memberikan analisis 13...Bxb4 14.Qb3 Re8 15.Rb1 b6 16.Ne4 sebagai kedudukan yang agak bahaya bagi hitam. Mungkin cadangan dari GM Elizbar Ubilava untuk menutup ruang dengan bermain 13...Bb6!? 14.a4 d3! patut dipertimbangkan.
 
14.Qb3
Menyerang pawn e6 sambil bersedia untuk menguasai b-file.
 
14...Nd5
Menutup laluan untuk menyerang pawn e6 sambil bersedia untuk meloloskan diri di petak c3.
 
15.Ne4
Menyerang Bishop hitam sambil mengintai petak d6.
Selepas 15.Ne4

15...Bb6
Berundur sambil terus memberikan perlindungan kepada pawn d4.
 
16.a4
Terus menyerang kedudukan Bishop b6.
 
16...a5
Menghalang laluan pawn a4.
 
17.Nd6+!
Gerakan yang sangat cantik! Kasparov mengambil peluang hasil gerakan pawn a5. If 17...cxd6 18.Bxd5 dan diikuti oleh Qxb6.

Selepas 17.Nd6

17...Kb8 Lari!!!
 
18.Bxd5
Menghilangkan pelindung bagi Bishop di petak b6.
 
18...exd5 
 Knight putih di petak d6 masih tidak boleh diambil. Sekiranya 18...cxd6 hitam cuba mengambil Knight tersebut, kedudukan hitam akan menjadi semakin sukar. e.g 19.Bxe6 Qc6 (19...Qc7 20.exd6! Qxd6 21.Rb1!) 20.Bg5 Rc8 21.Rac1!
 
19.Bd2! 
Mengancam untuk makan pawn Bxa5 dan sekiranya ...Bxa5, checkmate di petak b7!
Selepas 19.Bd2
19...cxd6
Hitam membuat keputusan untuk makan Knight d6 yang amat bahaya! Hitam mempunyai kelebihan 2 pawn, dan 3 pawn hitam sedang berbaris di d-file!
 
20.Qxb6 
Bilangan pieces adalah sama, namun Ng8 dan Rh8 hitam tidak berfungsi. Sebaliknya, putih memaksimumkan penggunaan kesemua piecesnya!
 
20...dxe5 
Hitam memiliki kelebihan 3 pawns.
 
21.f4!! 
Kasparov tidak menunjukkan sebarang tanda kepenatan untuk terus mengasak ke kubu lawannya. Meskipun kekurangan 3 pawns, putih terus mengasak kedudukan King hitam, kali ini dari Kingside.

Selepas 21.f4

21...Nf6 
Knight akhirnya berjaya develop. Hitam tidak mahu bermain ...exf4 kerana ini akan memberikan ruang untuk Bishop putih menyerang, Bxf4+.
 
22.fxe5
Mengambil pawn sambil menyerang Nf6.
 
22...Ne4 
Lari sambil menyerang Bishop.
 
23.Bxa5
Putih kini ketinggalan 1 pawn berbanding hitam. Bagaimanakah Anand meneruskan misi menyelamat untuk Kingnya?
 
23...d3!
Gerakan yang amat penting untuk terus survive. Hitam cuba mencipta ancaman ke arah kubu putih.

Selepas 23...d3

24.e6!?
Gerakan yang membawa kepada kedudukan draw. Mungkin Kasparov sedang menghadapi kesuntukan masa untuk menganalisis gerakan yang lebih baik. Untuk menang, sepatutnya putih bermain 24.Qd4! mengawal pawn d3, d5 dan bagi membuka ruang untuk Bishop bekerjasama dengan Rook untuk menceroboh petak c7. Gerakan ini telah diberikan analisis yang mendalam oleh Kasparov sendiri dalam Informant 75/348.
 
24...Qd6 
Mengajak putih untuk bertukar pieces bagi mengurangkan serangan putih di Queenside dan dalam masa yang sama menyerang pawn e6.
 
25.Qxd6+ Rxd6 Makan Queen sambil menyerang pawn e6.
 
26.e7 Lari!!!

Selepas 26.e7

26...Rf6! Gerakan yang penting untuk menyekat Rook putih dari menceroboh petak f7.
 
27.Rxf6 Nxf6
28.Rd1 Menyerang pawn d3.

28...Re8 Menyerang pawn e7.

Selepas 29.Bb4

29.Bb4
Mempertahankan pawn e7. Tidak ada serangan dari putih lagi. Serangan putih telah berjaya dipatahkan oleh hitam. Permainan ending ini juga tidak memberikan kelebihan kepada mana-mana pihak. Keputusan berakhir dengan seri 1/2 - 1/2. =

Moga dapat mempelajari sesuatu dari permainan di atas!

Armanov,
Bandar Seri Botani, Ipoh.

Thursday, November 11, 2010

Tahniah Pasukan Catur Di APSSO!

PUTRAJAYA 10 Nov. - Malaysia terus menunjukkan keunggulannya dalam bidang sukan sekolah di peringkat antarabangsa apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Olimpiad Sukan Sekolah Rendah ASEAN (APSSO) di Jakarta, Indonesia minggu lalu. (Petikan dari Utusan Online)




MUHYIDDIN Yassin membelek salah satu daripada empat pingat emas yang dimenangi oleh Yeoh Li Tian semasa meraikan 26 atlet Majlis Sukan Sekolah Malaysia yang muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Olimpiad Sukan Sekolah Rendah ASEAN di Putrajaya, semalam. (Utusan Online)

Tahniah kepada Yeoh Li Tian yang telah membantu pasukan negara untuk memenangi juara keseluruhan dalam Kejohanan APSSO minggu lalu. Diharapkan dengan kemenangan ini akan membuktikan keupayaan MSSM dalam melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan catur.

Berikut ialah permainan Yeoh Li Tian dalam pusingan keenam MSSM 2010 yang juga merupakan pemenang pingat emas dalam sukan catur APSSO baru-baru ini.

Caro-Kann Defense
Putih : Ooi Zhi Yang (Pulau Pinang)
Hitam : Yeoh Li Tian (Selangor)
MSSM 2010, Pusingan 6, Individu Lelaki Bawah 12, Kangar, Perlis.


Selepas 31...Qb7
31.a3 Qb7

Dalam kedudukan ini, hitam mempunyai sedikit kelebihan, namun putih masih mampu bertahan. Putih mempunyai masalah pada struktur pawn, terutamanya di Kingside yang mempunyai isolated pawn di petak d4 dan double pawn di petak f2 dan f3. Isolated pawn akan menyebabkan pieces putih terpaksa bekerja keras untuk mempertahankan pawn tersebut dari serangan hitam berbanding connected pawn yang lebih dinamik kerana boleh bergerak untuk melindungi antara satu sama lain.

Bishop putih agak tersekat pergerakannya oleh pawn putih di petak d4 dan f2. Namun Rook putih berada pada kedudukan yang baik kerana menguasai c-file. Hitam perlu mengambil peluang atas kelemahan pawn putih di Kingside yang terpisah antara satu sama lain.

Bagaimanakah hitam melaksanakan misinya?

32.Qc2?
Putih terlalu optimis untuk cuba memaksa berlakunya pertukaran antara Queen putih dan Queen hitam. Putih terlepas pandang pada kedudukan pawn kingsidenya yang agak goyah. Sepatutnya putih bermain 32.Kg2 untuk melindungi pawn f3. 
Selepas 32...f5
32...f5!
Hitam sudah dapat melihat kelemahan pawn putih di petak f3! Sekarang putih sudah terlambat untuk melindungi pawn f3.

33.Nc3
Knight putih tidak mempunyai banyak pilihan.

33...Nxe3
Hitam membuat pilihan yang bijak apabila memilih untuk makan Bishop di petak e3 dan mengancam Queen di petak c2. Putih tiada masa untuk melindungi pawn f3.
Selepas 34...Qxf3

34.fxe3 Qxf3+
Menyerang King putih sambil menyerang pawn e3!

35.Qg2
Putih masih cuba untuk memancing hitam untuk menukar Queen.

35...Qxe3
Hitam tidak akan menukar Queen. Hitam sudah memiliki kelebihan 2 pawn dan sepatutnya tiada masalah untuk memenangi pertempuran ini.

36.Ne2
Melindungi pawn d4 sambil membuka laluan untuk Rook menguasai 7th rank.

36...Qg5
Hitam pula yang cuba mengajak putih untuk menukar Queen dan bermain ending kerana hitam sudah memiliki kelebihan 2 pawn.

37.Qc6
Putih cuba untuk melakukan serangan balas dengan menyerang pawn e6.
Selepas 37...f4
37...f4?!
Hitam cuba menolak passed pawn untuk membantu serangan di Kingside, namun perancangan ini bukanlah yang terbaik untuknya. Ini kerana Putih boleh bermain 38.Rf1 dan seterusnya mematikan pawn tersebut. Lebih baik untuk tidak mengambil risiko dengan bermain 37...Rd8, mengancam untuk mengambil pawn d4.

38.Qc7?
Putih ingin melindungi Queen daripada ditukar oleh Hitam yang akan bermain ...Qd5+. Putih juga tidak dapat menghidu bahaya yang dibawa oleh pawn f4. Gerakan yang lebih baik ialah 38.Rf1 untuk mematikan pawn f4.

38...Qd5+!
Hitam mengambil peluang daripada ruang yang ditinggalkan oleh Queen putih untuk menguasai diagonal a8-h1. 
Selepas 39...Bd6
39.Kg1 Bd6!
Queen putih menjadi sasaran serangan hitam. Develop Bishop, menyerang Queen dan dalam masa yang sama melindungi Rook di petak b8 dan pawn di petak f4!

40.Qc3
Berundur untuk membantu pertahanan. Mengambil pawn hitam di petak a7 hanyalah akan melambatkan Queen putih daripada melindungi Kingnya.

40...f3
Pawn ini menjadi semakin berbahaya setiap kali ia melangkah ke hadapan...

41.Ng3
Satu-satunya petak yang selamat untuk Knight. 
Selepas 41...Rf8
41...Rf8
Membawa senjata berat dan menghalakannya ke arah King putih. Hitam merancang untuk bermain ...f2+

42.Kf2
Menghalang pawn daripada bergerak. King terpaksa bertindak sendiri untuk mempertahankan dirinya!

42...Bxg3+
Memusnahkan jentera pertahanan putih. 
Selepas 43...Qh5
43.hxg3 Qh5!
Sekarang Queen akan cuba mencelah masuk ke dalam kubu putih melalui Kingside.

44.Qb4
Putih masih cuba untuk melancarkan serangan balas yang sebenarnya masih tidak mampu untuk mengalih perhatian hitam. Hitam sedang mengepung dan menjerat King putih.

44...Qh2+ 45.Ke3
Sekiranya 45.Kf1 Qe2+ 46.Kg1 Qg2#

45...Qe2# 0–1

Monday, March 8, 2010

Di Mana dan Bila Event CATUR MSSM 2010?


MENURUT SATU SUMBER TERKINI, ACARA CATUR BAGI MSSM 2010 AKAN DIHOS OLEH NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN. NAMPAKNYA IA TIDAK AKAN BERLANSUNG DI KUALA LUMPUR SEPERTI URA-URA YANG DIDENGAR SEBELUM INI.

DI HARAP TIADA SEBARANG PERUBAHAN LAGI SELEPAS INI.


BILAKAH IA AKAN BERLANSUNG?

ADA DUA TARIKH YANG BERKEMUNGKINAN:

1) 6 - 12 JUN

2) 20 - 25 NOVEMBER


WALAU NEGERI MANA SEKALIPUN YANG BAKAL MENJADI TUAN RUMAH DAN BILA IA AKAN DIADAKAN, YANG PENTING IA DAPAT DIJALANKAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN. AGAR ACARA CATUR MENJADI MERIAH DAN MENJADI SATU KENANGAN TERINDAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT. SEMUA PEMAIN-PEMAIN CATUR SUDAH PASTI TIDAK SABAR-SABAR LAGI UNTUK BERTARUNG DI "PAPAN CATUR" (CHESSBOARD) MENJUNJUNG MARUAH DAN MENGIBARKAN BENDERA NEGERI MASING-MASING DI SAMPING MARUAH DIRI SENDIRI.