Showing posts with label Kejohanan Catur MSSM 2010. Show all posts
Showing posts with label Kejohanan Catur MSSM 2010. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

Tahniah Pasukan Catur Di APSSO!

PUTRAJAYA 10 Nov. - Malaysia terus menunjukkan keunggulannya dalam bidang sukan sekolah di peringkat antarabangsa apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Olimpiad Sukan Sekolah Rendah ASEAN (APSSO) di Jakarta, Indonesia minggu lalu. (Petikan dari Utusan Online)




MUHYIDDIN Yassin membelek salah satu daripada empat pingat emas yang dimenangi oleh Yeoh Li Tian semasa meraikan 26 atlet Majlis Sukan Sekolah Malaysia yang muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Olimpiad Sukan Sekolah Rendah ASEAN di Putrajaya, semalam. (Utusan Online)

Tahniah kepada Yeoh Li Tian yang telah membantu pasukan negara untuk memenangi juara keseluruhan dalam Kejohanan APSSO minggu lalu. Diharapkan dengan kemenangan ini akan membuktikan keupayaan MSSM dalam melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan catur.

Berikut ialah permainan Yeoh Li Tian dalam pusingan keenam MSSM 2010 yang juga merupakan pemenang pingat emas dalam sukan catur APSSO baru-baru ini.

Caro-Kann Defense
Putih : Ooi Zhi Yang (Pulau Pinang)
Hitam : Yeoh Li Tian (Selangor)
MSSM 2010, Pusingan 6, Individu Lelaki Bawah 12, Kangar, Perlis.


Selepas 31...Qb7
31.a3 Qb7

Dalam kedudukan ini, hitam mempunyai sedikit kelebihan, namun putih masih mampu bertahan. Putih mempunyai masalah pada struktur pawn, terutamanya di Kingside yang mempunyai isolated pawn di petak d4 dan double pawn di petak f2 dan f3. Isolated pawn akan menyebabkan pieces putih terpaksa bekerja keras untuk mempertahankan pawn tersebut dari serangan hitam berbanding connected pawn yang lebih dinamik kerana boleh bergerak untuk melindungi antara satu sama lain.

Bishop putih agak tersekat pergerakannya oleh pawn putih di petak d4 dan f2. Namun Rook putih berada pada kedudukan yang baik kerana menguasai c-file. Hitam perlu mengambil peluang atas kelemahan pawn putih di Kingside yang terpisah antara satu sama lain.

Bagaimanakah hitam melaksanakan misinya?

32.Qc2?
Putih terlalu optimis untuk cuba memaksa berlakunya pertukaran antara Queen putih dan Queen hitam. Putih terlepas pandang pada kedudukan pawn kingsidenya yang agak goyah. Sepatutnya putih bermain 32.Kg2 untuk melindungi pawn f3. 
Selepas 32...f5
32...f5!
Hitam sudah dapat melihat kelemahan pawn putih di petak f3! Sekarang putih sudah terlambat untuk melindungi pawn f3.

33.Nc3
Knight putih tidak mempunyai banyak pilihan.

33...Nxe3
Hitam membuat pilihan yang bijak apabila memilih untuk makan Bishop di petak e3 dan mengancam Queen di petak c2. Putih tiada masa untuk melindungi pawn f3.
Selepas 34...Qxf3

34.fxe3 Qxf3+
Menyerang King putih sambil menyerang pawn e3!

35.Qg2
Putih masih cuba untuk memancing hitam untuk menukar Queen.

35...Qxe3
Hitam tidak akan menukar Queen. Hitam sudah memiliki kelebihan 2 pawn dan sepatutnya tiada masalah untuk memenangi pertempuran ini.

36.Ne2
Melindungi pawn d4 sambil membuka laluan untuk Rook menguasai 7th rank.

36...Qg5
Hitam pula yang cuba mengajak putih untuk menukar Queen dan bermain ending kerana hitam sudah memiliki kelebihan 2 pawn.

37.Qc6
Putih cuba untuk melakukan serangan balas dengan menyerang pawn e6.
Selepas 37...f4
37...f4?!
Hitam cuba menolak passed pawn untuk membantu serangan di Kingside, namun perancangan ini bukanlah yang terbaik untuknya. Ini kerana Putih boleh bermain 38.Rf1 dan seterusnya mematikan pawn tersebut. Lebih baik untuk tidak mengambil risiko dengan bermain 37...Rd8, mengancam untuk mengambil pawn d4.

38.Qc7?
Putih ingin melindungi Queen daripada ditukar oleh Hitam yang akan bermain ...Qd5+. Putih juga tidak dapat menghidu bahaya yang dibawa oleh pawn f4. Gerakan yang lebih baik ialah 38.Rf1 untuk mematikan pawn f4.

38...Qd5+!
Hitam mengambil peluang daripada ruang yang ditinggalkan oleh Queen putih untuk menguasai diagonal a8-h1. 
Selepas 39...Bd6
39.Kg1 Bd6!
Queen putih menjadi sasaran serangan hitam. Develop Bishop, menyerang Queen dan dalam masa yang sama melindungi Rook di petak b8 dan pawn di petak f4!

40.Qc3
Berundur untuk membantu pertahanan. Mengambil pawn hitam di petak a7 hanyalah akan melambatkan Queen putih daripada melindungi Kingnya.

40...f3
Pawn ini menjadi semakin berbahaya setiap kali ia melangkah ke hadapan...

41.Ng3
Satu-satunya petak yang selamat untuk Knight. 
Selepas 41...Rf8
41...Rf8
Membawa senjata berat dan menghalakannya ke arah King putih. Hitam merancang untuk bermain ...f2+

42.Kf2
Menghalang pawn daripada bergerak. King terpaksa bertindak sendiri untuk mempertahankan dirinya!

42...Bxg3+
Memusnahkan jentera pertahanan putih. 
Selepas 43...Qh5
43.hxg3 Qh5!
Sekarang Queen akan cuba mencelah masuk ke dalam kubu putih melalui Kingside.

44.Qb4
Putih masih cuba untuk melancarkan serangan balas yang sebenarnya masih tidak mampu untuk mengalih perhatian hitam. Hitam sedang mengepung dan menjerat King putih.

44...Qh2+ 45.Ke3
Sekiranya 45.Kf1 Qe2+ 46.Kg1 Qg2#

45...Qe2# 0–1

Friday, June 11, 2010

SELANGOR - Juara Keseluruhan Kejohanan Catur MSSM 2010


Ketua kontinjen catur Negeri Selangor, Puan Farihah, menerima "hamper" setelah dinobatkan sebagai "Juara Keseluruhan" Kejohanan Catur MSSM 2010 di Kangar, Perlis Indera Kayangan. Pasukan catur Selangor berjaya memperolehi 120 mata dan merangkul 3 pingat emas yang kesemuanya dalam kategori individu. Pasukan Selangor berjaya mempertahankan penguasaan dalam kategori B12 individu tetapi gagal dalam kategori berpasukan P12 dan L15. Pasukan P12 dan L15 Selangor hanya mampu mendapat pingat perak. Selangor berjaya memperoleh pingat emas dalam kategori P15 individu.


Kontinjen "Merah Kuning" bergambar kenang-kenangan sebelum pulang esok.

Keputusan Pingat Acara Catur MSSM 2010


Berikut adalah keputusan pingat Kejohanan Catur MSSM 2010.

Individu

L12
  1. Emas - Selangor (Yeoh Li Tian)
  2. Perak - Wilayah Persekutuan (Harleiff Hanif)
  3. Gangsa - Negeri Sembilan (Subramanian Sivanesan)

L15
  1. Emas - Wilayah Persekutuan (Yeap Eng Chiam)
  2. Perak - Selangor (Roshan Singh Ajeet Singh)
  3. Gangsa - Johor (Ng Shi Hao)

L18
  1. Emas - Sabah (Jeppy Tewelu)
  2. Perak - Pulau Pinang (Evan Timothy Capel)
  3. Gangsa - Selangor (Nabil Azman Hisham)

P12
  1. Emas - Selangor (Nur Najiha Azman)
  2. Perak - Selangor (Puteri Rifqah Fahada Azhar)
  3. Gangsa - Pulau Pinang (Teh De Zen)

P15
  1. Emas - Selangor (Amira Syahmina Zullkafli)
  2. Perak - Selangor (Nur Nabila Azman)
  3. Gangsa - Wilayah Persekutuan (Pavitranayagi a/p Jayamurthey)

P18
  1. Emas - Melaka (Alia Anin Azwa)
  2. Perak - Wilayah Persekutuan (Olivia Madhavan)
  3. Gangsa - Perak (Fong Mi Yen)

Untuk info lengkap, sila ke sini.

Berpasukan

L12
  1. Emas - Pulau Pinang
  2. Perak - Johor
  3. Gangsa - Wilayah Persekutuan

L15
  1. Emas - Pulau Pinang
  2. Perak - Selangor
  3. Gangsa - Wilayah Persekutuan

L18
  1. Emas - Perak
  2. Perak - Pulau Pinang
  3. Gangsa - Johor

P12
  1. Emas - Pulau Pinang
  2. Perak - Selangor
  3. Gangsa - Wilayah Persekutuan

P15
  1. Emas - Pulau Pinang
  2. Perak - Kelantan
  3. Gangsa - Kedah
P18
  1. Emas - Johor
  2. Perak - Wilayah Persekutuan
  3. Gangsa - Selangor

Untuk info lengkap sila ke sini.

Juara Berpasukan Kejohanan Catur MSSM 2010

Kategori L12 - Pulau Pinang

Kategori L15 - Pulau Pinang

Kategori L18 - Perak

Kategori P12 - Pulau Pinang



Kategori P15 - Pulau Pinang



Kategori P18 - Johor


nota : harap ada yang sudi berkongsi gambar juara berpasukan bagi kategori P15 & P18 yang ter'miss' di'snap'. sila emelkan ke alamat seperti di penjuru kanan blog ini. terima kasih!

Juara Individu Kejohanan Catur MSSM 2010

Wajah-wajah sang juara acara catur MSSM 2010

(dari kiri) Yeap Eng Chiam (L15), Amira Syahmina Zullkafli (P15), Yeoh Li Tian (L12), Jeppy Tewelu (L18) dan Alia Anin Azwa Bakri (P18)

Juara kategori B12

Yeoh Li Tian (Selangor)
Nur Najiha Azman (Selangor)

Juara kategori B15

Yeap Eng Chiam (Wilayah Persekutuan)
Amira Syahmina Zullkafli (Selangor)

Juara kategori B18

Jeppy Tewelu Bin Asan Kese (Sabah)
Alia Anin Azwa Bakri (Melaka)


SYABAS dan TAHNIAH kepada mereka semua.


Pairing - (Berpasukan, Pusingan Ke 7)










Pairing - (Individu, Pusingan Ke 7)