Tuesday, December 28, 2010

Slav Defense : Abang Bishop, jangan keluar lagi!

Teori Opening :
Queen's Gambit, Slav Defense

1.d4

Selepas 1.d4
Gerakan yang dimainkan untuk menguasai petak tengah dan dalam masa yang sama pawn d4 dilindungi oleh Queen putih. Idea putih ialah untuk bermain 2.e4 dalam gerakan kedua untuk menguasai centre. Hitam perlu menghalang perkara ini daripada berlaku.

Hitam boleh menghalangnya menggunakan beberapa cara :

1) Menggunakan pawn dengan bermain 1...d5 / 1...f5 bagi mengawal petak e4.

2) Menggunakan piece, 1...Nf6 untuk mengawal petak e4.

3) Melancarkan serangan balas dengan bermain 1...c5 dan mengancam ...cxd4, menyebabkan putih tidak sempat menggerakkan pawn e2-e4 pada gerakan kedua.

Selepas 1...d5
1...d5
Hitam memilih untuk menghalang 2.e4 dengan bermain 1...d5. 
Selepas 2.c4
2.c4
Queen's Gambit.
Putih menawarkan kepada hitam untuk makan pawn di petak c4 secara percuma! Inilah yang dipanggil gambit, iaitu memberikan 1 pawn percuma kepada lawan. Namun, hitam perlu berwaspada kerana gerakan pawn ...dxc4 akan melemahkan centre hitam dan membolehkan putih bermain 3.e4! untuk menguasai centre.

Gerakan 2.c4 ini menunjukkan putih sedang mengancam untuk makan pawn d5 hitam, 3.cxd5. Sekiranya 3...Qxd5 4.Nc3 memaksa Queen hitam berundur dan diikuti oleh gerakan pawn e2-e4 dan putih sudah pun menguasai petak tengah dengan pawn d4 dan e4.

Selepas 2...c6
2...c6
Slav Defense.
Gerakan pawn ini ialah untuk membantu melindungi pawn d5. Gerakan ini dipanggil Slav kerana ia mula dimainkan oleh pemain Slav, iaitu Alapin. Pertahanan ini pernah dipopularkan oleh bekas juara dunia, Max Euwe yang menggunakannya dalam banyak pertandingan besar pada tahun 1930–an.

Berbanding dengan gerakan 3...e6, gerakan ini memberikan peluang hitam untuk develop Bishop c8 ke petak f5 / g4 dan dalam masa yang sama pawn c6 boleh mempertahankan pawn di petak d5.

Selepas 3.Nc3
3.Nc3
Putih terus memberikan tekanan kepada centre, iaitu petak d5. Gerakan ini juga bertujuan untuk menghalang hitam daripada terus bermain ...Bf5 kerana hitam perlu memberi tumpuan kepada centre terlebih dahulu.

Pada gerakan ke-3, Putih mempunyai beberapa pilihan. Antaranya ialah :

a) 3.cxd5 (Exchange Variation).

b) 3.Nf3 (Gerakan menunggu oleh putih. Putih akan memutuskan strategi yang perlu dipilih berdasarkan gerakan hitam seterusnya).

c) Nc3 (Gerakan yang terus menyerang centre hitam)

d) e3 (Mengukuhkan penguasaan putih di petak d4)

Selepas 3...Nf6
3...Nf6
Gerakan yang penting untuk mempertahankan petak d5.

Apakah yang akan berlaku apabila hitam cuba untuk develop Bishop di petak c8 sebagai ganti gerakan 3...Nf6? Hitam sudah melakukan kesilapan besar kerana kelemahan pawn di Queenside dan akan dihukum oleh putih. Cuba lihat dalam posisi berikut :


Selepas 3...Bf5

3...Bf5?
Hitam cuba untuk develop Bishop di petak c8, diikuti oleh gerakan pawn e7-e6. Gerakan ini membolehkan Bishop hitam untuk keluar dari terperangkap dalam pawn chain b7-c6-d5-e6-f7 namun hitam mempunyai masalah di kawasan Queenside kerana ketiadaan Bishop ini!


Selepas 4.cxd5
4.cxd5!
Inilah gerakan yang terus menghukum kesilapan hitam. Setiap kesalahan perlu dihukum! Putih mengambil peluang atas kesilapan kedudukan Bishop hitam di petak f5. Bishop ini sepatutnya melindungi pawn di petak b7.

4...cxd5
Bagaimanakah putih memanfaatkan kelemahan pawn d5 dan b7?

Selepas 5.Qb3
5.Qb3!
Double attack. Menyerang pawn di petak b7 dan d5 serentak! Sekarang hitam terpaksa mempertahankan pawn b7 dan d5 serentak. Bagaimana?

5...Bc8
Sekiranya : a) 5...Qd7 6.Qxd5!;

b) 5...e6 6.Qxb7!;

c) 5...Nc6
Mengumpan putih untuk makan pawn di petak b7, dan hitam boleh membalas dengan gerakan 6...Nxd4! menyerang petak c2.

6.Nf3
Putih perlu bersabar, develop sambil menjaga pawn d4 terlebih dahulu, kerana hitam boleh mengancam untuk melakukan fork King dan Rook di petak c2. Putih masih menguasai permainan kerana Hitam tetap menghadapi masalah untuk melindungi petak d5 dan b7.)

6.Qxd5!
dan putih sudah dapat kelebihan 1 pawn dan idea putih seterusnya ialah berusaha untuk menggerakkan pawn e2-e4.

Sekarang, mari kita kembali semula kepada kedudukan selepas 3...Nf6 :
Selepas 4.Nf3
4.Nf3
Develop Knight sambil mengawal petak d4 dan e5.

Selepas 4...Bf5
4...Bf5?
Masih terlalu awal untuk mengeluarkan Bishop ini. Putih masih boleh menghukum kesilapan hitam dengan bermain....


5.cxd5! cxd5
Sekiranya 5...Nxd5 putih boleh bersedia untuk meneruskan develop pieces seperti 6.e3. Sekiranya hitam bermain 6...Nb4 7.e4!
Selepas 6.e3, putih boleh bersedia untuk bermain Bd3 untuk menukar Bishop f5 hitam yang mengawal petak e4 dan seterusnya boleh bersedia untuk bermain pawn e2-e4, memandangkan pawn d5 dan Bishop f5 hitam sudah tiada.

6.Qb3!
Idea yang masih sama, menyerang pawn d5 dan b7.

Selepas 6...Bc8
6...Bc8
Bishop kembali semula ke kedudukan asal! Hitam telah membuang tempo.

7.Bf4
Putih terus bersedia untuk develop pieces. Antara idea Putih ialah untuk bermain Rc1 dan Nb5, menyerang dan menguasai petak c7.

Selepas 7...Nc6
7...Nc6 8.e3!
Sekiranya putih terburu-buru menyerang petak c7 dengan bermain 8.Nb5, hitam akan bermain 8...Qa5+ dan memaksa putih untuk bertahan. Oleh itu, sebelum menyerang, putih perlu memastikan Kingnya sudah selamat castling!

Ok, sudah agak panjang artikel ini, mari kita lihat pula sesi praktikal.

Sesi Praktikal :
Dalam kejohanan MSSM 2010, terdapat beberapa contoh permainan Slav Defense.
Perhatikan permainan berikut :
Permainan 1 
Putih : Tang Wei Kit (Pulau Pinang)
Hitam : Tan Soon Wei (Wilayah Persekutuan)
[D15] MSSM 2010 Berpasukan L12, Kangar (Pusingan 3, Papan 4), 08.06.2010

1.d4 d5

2.c4 c6 (Slav Defense)
3.Nc3 Nf6 

Selepas 4...Bf5

4.Nf3 Bf5? 
Bishop yang keluar terlalu awal. Adakah putih mampu menghukumnya?

5.cxd5! Yes! 5..Nxd5 
6.Qb3! Inilah idea putih, menyerang pawn b7 6...Qb6 
7.Qxb6 Nxb6 

Selepas 8.e4
8.e4
Putih telah berjaya melaksanakan misi untuk menguasai centre dengan bermain d4 dan e4. Hitam kehilangan 1 pawn penting yang berada di petak d5, dan sekarang putih dapat develop pawn sambil mengambil tempo menyerang Bishop f5. Putih tidak menghadapi masalah untuk memenangi pertarungan ini.
 

Permainan 2
Putih : Nur Nabila Azman Hisham (Selangor)
Hitam : Nur Aishah Jamaludin (Negeri Sembilan)
[D02] MSSM 2010 Individu P15 Perlis (Pusingan 3), 08.06.2010

1.d4 d5 

2.c4 c6 (Slav Defense)
3.Nc3 Nf6 
Selepas 4...Bf5
4.Nf3 Bf5? 
Hitam telah mengeluarkan Bishop terlalu awal. Adakah putih akan menghukum kesilapan hitam ini? 

Selepas 5...Nbd7

5.Bf4?! Nbd7 
Nampaknya putih tidak mahu menang mudah. Putih masih memberikan peluang untuk hitam memperbaiki kesilapannya. Namun, dalam permainan ini, putih akhirnya tetap menang.

Permainan 3
Putih : Danish Hamzah (Johor)
Hitam : Muhamad Aziz Farhan (Johor)
[D12] MSSM 2010 Individu L12 Perlis (Pusingan 7), 11.06.2010

1.d4 d5 

2.c4 c6 (Slav Defense)
3.Nc3 Nf6 
Selepas 4...Bf5
4.e3 Bf5?  
Hitam melakukan kesilapan apabila mengeluarkan Bishop terlalu awal. Mampukah hitam menghukum kesilapan yang telah dilakukan abangnya? Mungkin kerana terlalu menghormati abangnya, putih bermain...

5.Nf3?!
Sepatutnya, 5.cxd5 cxd5 6.Qb3!







Kesimpulannya : 

1) Bermula dari fasa opening lagi, putih sepatutnya sudah menghukum sebarang kesilapan hitam.
2) Dalam Slav Defense, hitam perlu berhati-hati untuk mengeluarkan Bishop c8. Hitam sebenarnya boleh mengeluarkan Bishop c8 di awal permainan sekiranya putih tidak menyerang centre hitam, e.g. Putih tidak bermain Nc3 di awal permainan.
3) Develop pieces dalam fasa opening mestilah berdasarkan kedudukan pawn di petak tengah, bukannya hanya sekadar untuk develop semata-mata.


Selamat bermain Slav Defense!