Friday, January 8, 2010

Juara Individu MSSM 2009


Tahukah anda siapa juara individu Kejohanan Catur MSSM 2009 yang berlansung di Hotel Goldcoarse, Kelang?



Bagi kategori Bawah 18 Tahun, WP Kuala Lumpur berjaya menggondol pingat emas bagi kategori Lelaki sementara Perak berjaya peroleh pingat emas bagi kategori Perempuan.


WP KL juga berjaya menjuarai Bawah 15 Tahun Lelaki, sementara Melaka berjaya mencuri satu pingat emas bagi kategori Perempuan Bawah 15 Tahun.


Selangor unggul bagi kategori Bawah 12 Tahun. Kedua-dua kategori Lelaki dan Perempuan dijuarai oleh pemain dari Negeri Selangor.

Keputusan terakhir, WP KL - 2, Selangor -2, Perak dan Melaka masing-masing 1


Monday, January 4, 2010

10 Daerah MSS Selangor


Ingin tahu berapa daerah mengikut PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) yang ada di Negeri Selangor? Jawapannya adalah 10.
  1. Sabak Bernam (SB)
  2. Kuala Selangor (KS)
  3. Hulu Selangor (HS)
  4. Hulu Langat (HL)
  5. Kuala Langat (KL)
  6. Kelang (KLG)
  7. Gombak (GOM)
  8. Sepang (SPG)
  9. Petaling Perdana (PP)
  10. Petaling Utama (PU)

Beberapa Fakta

PPD PP dan PPD PU sebelum ini adalah di bawah satu bumbung iaitu PPD Petaling. PPD Petaling mula ditubuhkan pada 1 Jun 1982 dan beribu pejabat di Bangunan Kompleks PKNS, Shah Alam. Kedua-dua PPD tersebut mula beroperasi secara berasingan semenjak 1 Ogos 2007.

Mengikut maklumat di laman sesawang mereka, PPD PP bertanggungjawab terhadap 123 buah sekolah - 41 SMK, 2 SABK, 58 SK, 10 SJKC dan 12 SJKT.

PPD SPG dahulunya adalah bergabung dengan PPD Kuala Langat. Mereka dikenali sebagai PPDKLS. Pada 1 Februari 2002, PPD SPG telah berpisah dari PPDKL secara rasmi.



Logo PPD Petaling Perdana

Logo PPD Sabak Bernam - baru




Logo PPD Sabak Bernam yang lama. Kelihatan lebih menarik dari logo baru. Don't you think?


Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010!


SELAMAT TAHUN BARU 2010!

LAMAN BLOG INI ADALAH BERTUJUAN SEBAGAI SATU HENTIAN SETEMPAT ATAU "ONE-STOP CENTER" UNTUK BERITA2, INFO, DAN MAKLUMAT AKTIVITI2 BERKENAAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH2 (MSS) TERUTAMANYA ACARA CATUR.

JUSTERU ITU BLOGMASTER MENYERU KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SAMADA ATLIT,GURU PENGIRING, PEGAWAI ATAU IBUBAPA AGAR DAPAT BERKONGSI BERITA2, INFO DAN MAKLUMAT AKTVITI MSS PERINGKAT DAERAH, NEGERI ATAU KEBANGSAAN. SILA EMELKAN KEPADA BLOGMASTER. JUGA DIALU2KAN KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI AUTHOR.

BLOGMASTER
01.01.10