Friday, October 22, 2010

Biar Putih Tulang...

C09 French Defense
Putih : Yeoh Li Tian (Selangor)
Hitam : Ding Tze How (Wilayah Persekutuan)
MSSM 2010, Individu L12, Pusingan 3, 8 Jun 2010

Selepas 25.Nb5

 25.Nb5
Berdasarkan kedudukan ini, hitam telah mendapat kelebihan 1 piece akibat kelalaian putih dalam fasa opening. Hitam sedang berusaha untuk mengekalkan kelebihan yang dimiliki seterusnya memenangi pertarungan ini, namun putih masih berdegil dan belum mahu menyerah kalah.Putih sedang bergantung kepada serangan balas di Queenside, dalam keadaan King hitam yang agak terdedah dan kedudukan passed pawn di petak c6 yang amat strategik kerana berhampiran dengan kedudukan King hitam. 

25...Rxe3
Hitam cuba bermain mudah kerana hitam sudahpun memiliki kelebihan 1 piece. 
 
Selepas 26.fxe3
26.fxe3
Putih hanya menunggu hitam melakukan kesilapan sahaja. Hitam perlu berhati-hati kerana petak d6 merupakan petak yang strategik untuk dicerobohi oleh putih. Pawn d5 juga perlu dilindungi kerana ia berfungsi untuk mengawal petak tengah.

26...Nd2??
Kesilapan paling besar yang dilakukan oleh hitam yang membawa kepada kekalahannya. Knight hitam merupakan pelindung kepada petak d6 dan pawn d5. Inilah peluang yang dinanti-nantikan oleh putih. Sekarang putih menghukum kesilapan hitam yang menyangka bahawa dia telah berjaya melakukan fork terhadap putih! Dalam kedudukan ini, adalah lebih baik untuk hitam menghalau Knight putih yang sedang menceroboh kubu hitam dengan bermain 26...a6.

Selepas 27.Qxd5

27.Qxd5!!
Putih terus melancarkan serangan checkmate ke arah kubu hitam. Sekarang hitam perlu berhati-hati kerana putih sedang mengancam untuk melakukan checkmate!

27...Rd8
Melindungi petak d7.

28.Qxd8+!
Nd6+ juga boleh membawa kepada checkmate.

28...Kxd8 29.c7+
Pawn c7 akhirnya menjadi hero yang menyelamatkan putih daripada kalah!

29...Ke7
King melarikan diri dari terus melindungi petak c8. Sekiranya 29...Kc8 30.Nd6+ dan akhirnya pawn itu tetap akan berjaya untuk bertukar menjadi Queen.
  
30.c8Q Nxf1 
Knight hitam akhirnya berjaya juga melaksanakan misi forknya, namun putih tidak memerlukan Rook di petak f1 untuk menang. Perhatikan bagaimana putih memerangkap King menggunakan kombinasi Queen dan Rook.

 31.Rc7+ Kf6   
Selepas 32.Qd8+
32.Qd8+ 
Mate in 2. 32...Ke5 33.Qd4+ Ke6 34.Qd6# If 32...Ke6 33.Qd6# Hitam menyerah kalah. Hitam tidak perlu menunggu lama untuk melihat Kingnya ditawan. Dalam kedudukan ini, ketiga-tiga pieces putih bekerjasama dan berada dalam kedudukan yang strategik dengan misi untuk menawan King hitam, sementara keempat-empat pieces hitam tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain untuk melindungi King mereka. Queen hitam hanya memerhatikan dari jauh bagaimana Kingnya dikepung dan ditawan tanpa dapat melakukan apa-apa.Hitam tewas hanya kerana 1 kesilapan kecil yang berjaya dimanfaatkan sepenuhnya oleh putih. 1–0

Wednesday, October 6, 2010

Pusingan 1, Individu Lelaki Bawah 12

"Uncastling" Kingside
Putih : Harleiff Haniff (Wilayah Persekutuan)
Hitam : Khairul Munir Mohd Rodzi (Kedah)
MSSM 2010, Pusingan 1, 7 Jun 2010, C41 : Philidor Defense

 
Selepas 10.Qg3

10.Qg3 Dalam kedudukan ini, Queen dan 2 Bishop putih sedang menghalakan senjata mereka ke arah kedudukan King hitam. Hitam perlu berbuat sesuatu kerana pawn g7 sedang di pin dan putih mengancam untuk menyerang pawn h6. Apakah gerakan yang perlu dilakukan oleh hitam?

10...g5 Hitam mendedahkan Kingnya kepada serangan putih. Lebih baik untuk hitam bermain gerakan yang lebih selamat iaitu 10...Kh8.

11.h4 Putih mengambil peluang dari kedudukan pawn g5 yang sedang di pin.


Selepas 11...Nh7

11...Nh7 Hitam bermain pasif. Sepatutnya hitam menyerang kedudukan Queen putih dengan bermain 11...Nh5.

12.hxg5 hxg5 Hitam sepatutnya bermain 12...Nxg5 atau 12...Bxg5. 12...hxg5 tidak menyelesaikan masalah kedudukan Knight hitam di petak h7 yang pasif.


Selepas 13.Kh2

13.Kh2 Putih mempunyai perancangannya sendiri. Namun, dalam kedudukan ini, lebih baik untuk putih terus berusaha untuk develop pieces, e.g. 13.Nd2 untuk dibawa ke petak f3.

13...Qd7 Hitam gagal memahami gerakan ke–13 putih. Hitam sepatutnya mengambil peluang ini dengan menyerang kedudukan selesa Bishop putih bermula gerakan 13...Na5, untuk mengurangkan tekanan di Kingside hitam dan tidak memberikan ruang untuk putih meneruskan misi rahsianya.

14.Rh1 Putih tetap meneruskan misi rahsianya menggunakan kaedah manoeuvre rook yang unik.


Selepas 14...a6

14...a6?? Gerakan hitam yang pasif dan tidak mengambil kira perancangan putih. Hitam gagal menghidu bahaya yang bakal dihadapi! Gerakan 14...Kg7 adalah penting untuk mengelak checkmate! 

15.Kg1! Putih sedang menguasai h-file menggunakan kaedah manouver Rook yang jarang-jarang dapat dilihat...

15...Qd8? Hitam sudah berputus asa, Kingnya sudah tidak dapat diselamatkan! Mungkin hitam boleh mencuba 15...Bf6 untuk melindungi petak h8, namun masih tidak cukup untuk menyelamatkan keadaan, hanya mampu melambatkan kemenangan putih sahaja...

Selepas 16.Qh2!

16.Qh2! Putih mengambil peluang untuk melakukan checkmate sama ada di petak h7 atau h8 sekiranya knight h7 bergerak!

16...Kg7 King hitam sudah terlambat, gerakan ini sepatutnya dilakukan lebih awal lagi bagi membolehkan Rook melindungi Knight h7 dan memberikan ruang untuk King bergerak.

17.Qh6+! Sekiranya 17.Qxh7+ juga boleh membawa kepada checkmate 17...Kf6 18.Qh6#

17...Kg8 18.Qxh7# 1–0

The Power of 2 Bishops
Putih : Muhamad Aziz Farhan (Johor)
Hitam : Aziz Abidin (Terengganu)
MSSM 2010, Pusingan 1, 7 Jun 2010, D21 : Queen's Gambit Accepted


Selepas 20.Bd5


20.Bd5 Kedua-dua Rook hitam sedang di pin oleh 2 Bishop putih. Rook hitam di petak f8 tidak boleh bergerak. Kedua-dua knight hitam tidak boleh bergerak. Putih akan mendapat 1 piece percuma. Bagaimanakah putih mendapatkannya?

20...a5 21.Bxc6 Bxc6 Perhatikan kedudukan Knight hitam di petak e7 yang tidak boleh bergerak kerana di pin oleh Bishop dan Rook putih!

22.Rxe7! Mengambil 1 piece percuma sambil menyerang Queen dan seterusnya memenangi permainan ini 1–0


The Power of 2 Rooks
Putih : Ariffarae Mohd Salem (Terengganu)
Hitam : Subramaniam Sivanesan (Negeri Sembilan)
MSSM 2010, Pusingan 1, 7 Jun 2010, B40 : Sicilian Defense


Selepas 28.Rc1


28.Rc1? Putih melakukan kesilapan! Putih hanya perlu bertahan dengan gerakan mudah iaitu 28.c3 dan seterusnya boleh mengambil peluang atas kelemahan hitam di Kingside. Bagaimanakah hitam menghukum kesilapan putih?

28...h5? Gerakan yang sepatutnya dimainkan oleh Hitam ialah 28...Rxc2! Mengambil pawn percuma dan cuba mencipta serangan balas terhadap kedudukan King putih.
Sekiranya putih membalas dengan 29.Rxc2 Qg1+! 30.Ka2 Rxc2 (Sekiranya 29.Re7+ R8c7 30.Rxc2 Rxe7 etc.)

Queen yang Terperangkap
Putih : Ignatius Ong (Sarawak)
Hitam : Shreyes Subramaniam (Pahang)
MSSM 2010, Pusingan 1, 7 Jun 2010, C50 : Italian Game



Selepas 19.g4
 19.g4?? Putih telah melakukan kesilapan besar kerana gerakan pawn ini menyekat laluan Queen putih untuk berundur sekiranya diserang.
Bagaimanakah hitam menghukum kesilapan putih?
Dalam permainan sebenar, hitam bermain 19...fxg3.
Hitam terlepas pandang gerakan yang lebih baik iaitu : 19...g6! dan putih akan kehilangan sama ada Queen ataupun Knight! Sekiranya 20.Ne7+ Kg7 (20.Nxh6+ Kg7) Queen putih tetap tidak boleh lari. (Sekiranya 20.Qxh6 gxf5 hitam dapat 1 extra piece!)