Monday, January 4, 2010

10 Daerah MSS Selangor


Ingin tahu berapa daerah mengikut PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) yang ada di Negeri Selangor? Jawapannya adalah 10.
  1. Sabak Bernam (SB)
  2. Kuala Selangor (KS)
  3. Hulu Selangor (HS)
  4. Hulu Langat (HL)
  5. Kuala Langat (KL)
  6. Kelang (KLG)
  7. Gombak (GOM)
  8. Sepang (SPG)
  9. Petaling Perdana (PP)
  10. Petaling Utama (PU)

Beberapa Fakta

PPD PP dan PPD PU sebelum ini adalah di bawah satu bumbung iaitu PPD Petaling. PPD Petaling mula ditubuhkan pada 1 Jun 1982 dan beribu pejabat di Bangunan Kompleks PKNS, Shah Alam. Kedua-dua PPD tersebut mula beroperasi secara berasingan semenjak 1 Ogos 2007.

Mengikut maklumat di laman sesawang mereka, PPD PP bertanggungjawab terhadap 123 buah sekolah - 41 SMK, 2 SABK, 58 SK, 10 SJKC dan 12 SJKT.

PPD SPG dahulunya adalah bergabung dengan PPD Kuala Langat. Mereka dikenali sebagai PPDKLS. Pada 1 Februari 2002, PPD SPG telah berpisah dari PPDKL secara rasmi.



Logo PPD Petaling Perdana

Logo PPD Sabak Bernam - baru




Logo PPD Sabak Bernam yang lama. Kelihatan lebih menarik dari logo baru. Don't you think?


No comments:

Post a Comment