Monday, April 5, 2010

MSSD PETALING PERDANA - Part 1


Kejohanan catur MSSD Petaling Perdana (PP) telah bermula. Venue kejohanan adalah di Dewan Tun Sri Lanang, SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS). Empat kategori di pertandingkan - Bawah 15 Lelaki & Perempuan, Bawah 18 Lelaki & Perempuan. Bagi setiap kategori ada Individu dan Berpasukan. Semua pemain-pemain akan bertanding sebanyak 8 pusingan mengikut Sistem Swiss.



Berikut adalah statistik peserta bagi setiap kategori:

Bawah 15 Tahun

Lelaki - 117
Perempuan - 58


Pemain2 pilihan?

Low Jun Keat dari SMK USJ 12, Iskandar Danial dari SMK SSAAS, Irfan Rendrawan dan Ahmad Zarif dari SMK Bukit Jelutong dan Fikri Saleh dari SMK Seksyen 18.

Vickie Hong We Kie dari SMK Bukit Jelutong, Nurul Adlina Sulkifly dari SMK Seri Indah dan Reshara Sundram dari SMK Subang Utama.

Bawah 18 Tahun

Lelaki - 134
Perempuan - 74

Pemain2 pilihan?

Low Jun Jian dari SMK USJ 12

Winnie Hong We Ni dari SMK Bukit Jelutong





Pusingan pertama telah pun selesai, menunggu "pairing" pusingan kedua keluar. Pelbagai ragam dan keletah pemain2 dan guru2 pengiring boleh dilihat. Memandangkan kebanyakan peserta jarang2 dan ada yang tidak pernah menyertai pertandingan catur, pelbagai "confusion" telah berlaku. Sebagai contoh, ramai yang tidak faham membaca pairing. Mereka tidak tahu nama pertama bermain buah putih dan nama kedua bermain buah hitam. Tambahan pula, setiap pemain putih perlu membawa buah catur atau "chess pieces" sendiri ke dalam dewan pertandingan. Boleh difahami kenapa ini berlaku. Ia adalah sebagai usaha untuk menjimatkan kos yang terlibat mengadakan kejohanan dengan tidak perlu menyewa chess set.


1 comment:

  1. tmpat still sama ngan thun lps~rindu nak msuk tournament balik~haha!

    ReplyDelete