Kejohanan catur MSSD Petaling Perdana semakin panas dan hangat! Lima pusingan telah selesai. Sekarang sedang berlansung pusingan keenam. Sebahagian keputusan pusingan telah diketahui. Berikut adalah kedudukan selepas pusingan kelima dan pairing pusingan keenam.
Kategori Lelaki Bawah 15
Hanya tinggal tiga pesaing yang memiliki mata penuh. Tan Wee Kiat (Subang Jaya), Iskandar Danial (tuan rumah) dan Low Jun Kiat (USJ 12). Sementara dua pemain berada 1/2 mata di belakang - Fikri Saleh (Seksyen 18) dan Sheah Jie Yie (SS 17). Wee Kiat dan Danial di papan utama sementara Jun Kiat bertemu Fikri di papan (board) kedua. Jie Yie pula bermain buah putihn menetang M Farhan (SAM Bestari). Keputusan permainan mereka sangat penting bagi menentukan siapa yang bakal menjadi juara. Agak menarik juga kerana Top 3 Boards dari sekolah-sekolah berlainan.
Kategori Perempuan Bawah 15
Hanya tinggal dua pemain, yang juga pilihan, yang mengumpul perfect 5 mata ketika memasuki pusingan keenam. Di papan utama, Vickie (Bukit Jelutong) dan Nurul Adlina (Seri Indah) bersaing untuk menentukan siapa yang bakal memungut perfect score, 6/6 mata. Pertembungan ini kritikal bagi kategori ini kerana siapa yang menang akan ada advantage untuk menjadi juara. Kesemua pemain-pemain di empat papan berikutnya ketinggalan 1 mata di belakang Vickie dan Adlina.
Kategori Lelaki Bawah 18
Bagi kategori Lelaki Bawah 18, empat pemain menggungguli dengan mata penuh 5/5. Tiga dari mereka adalah dari Bukit Jelutong - Ashman Raziuddin, Hazwan Lee dan Harithran. Ashman dan Hazwan bertemu di papan utama, sementara Harithran perlu bermain bersungguh-sungguh untuk menang dengan Low Jun Jian (USJ 12), juara kategori Lelaki Bawah 15 tahun lepas dan pemain negeri Selangor. Manakala, Wan Shafiq dan Ammar, kedua-duanya dari Seksyen 18 berlawan sesama pasukan. Shafiq telah mengumpul 4.5/5 mata dengan 4 kemenangan dan satu seri. Manakala Ammar mengumpul 4/5 mata bersama-sama ramai lagi peserta-peserta lain. Kedudukan boleh berubah-berubah untuk tiga lagi pusingan.
Kategori Perempuan Bawah 18
Sebagai pemain pilihan dan pemain negeri, Winnie (Bukit Jelutong) mengungguli kategori beliau iaitu Perempuan Bawah 18. Dengan 5/5 mata, Winnie di cabar Choong Sy Ting (Subang Utama) yang mempunyai 4.5/5 mata bersama pemain Seksyen 7, Nur Syafiqah Othman. Syafiqah bermain buah hitam di pusingan keenam melawan Siti Khairiah Natashah (Seksyen 24[2]).
Untuk makluman, kesemua kategori akan bermain 8 pusingan kecuali hanya 7 pusingan bagi kategori Perempuan Bawah 18. Semua pemain-pemain di Top 10 board sedang berdebar-debar untuk tiga / dua lagi baki pusingan untuk mendapat tempat kemenangan. Begitu juga kesemua guru-guru pengiring dan beberapa orang ibubapa yang turut hadir di tempat kejohanan.
SELAMAT BERTARUNG!
No comments:
Post a Comment