Wednesday, May 19, 2010

Korban MSS Demi Cita-Cita Yang Lebih Besar


Jika kebanyakan pemain-pemain catur berpotensi lain berentap di gelanggang-gelanggang MSS samada peringkat daerah atau negeri, beberapa pemain catur harapan negara memilih untuk menyertai pertandingan catur peringkat antarabangsa.

Yeoh Li Tian (foto KLOpen2010.blogspot)

Pemain junior paling berbakat negara ketika ini, Yeoh Li Tian (gambar di atas), memilih untuk bermain di KL Open 2010 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau yang merupakan Defending Champion MSS Selangor dan MSSM tahun lepas telah bermain dengan begitu cemerlang. Li Tian telah seri dengan seorang GM (Grandmaster) dan 4 orang IM (International Master). Malahan dia telah menang ke atas seorang pemain yang memiliki 300+ rating yang lebih tinggi.


Gambar atas dipetik dari chess-results.com, Score card performance Li Tian di KL Open 2010


Begitu juga dengan empat orang pemain catur junior yang lain. Pasangan adik beradik dari Seremban, Subramanian dan Nithyalakshmi, telah terbang ke India untuk menyertai Kejohanan Catur Komanwel Parsvnath yang disertai lebih dari 300 orang pemain catur, dari pelbagai peringkat umur. Mereka merupakan Juara Bawah 12 Tahun MSS Negeri Sembilan tahun lepas. Selain mereka berdua, dua orang pemain Bawah 8 Tahun juga mengorbankan kejohanan MSS peringkat negeri masing-masing demi meneruskan kembara menjadi seorang pencatur harapan negara. Mereka adalah Jagathees Guna Balan dari Johor dan Nur Islamurni Haji Yahaya dari Kedah. Nithyalakshmi telah berjaya mendapat pingat perak bagi kategori Best U10 Girls dan Nur Islamurni pula mendapat pingat gangsa bagi kategori Best U8 Girls.

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut senarai pemenang kejohanan tersebut. (GiLoCatur : Ditambah pada 2 Jun 2010, 10:20 pagi).

(Dari kiri) sarjan Ismail Ahmad, Jagathees Guna Balan, Nur Islamurni Yahaya, Nithyalaksmi dan Subramanian Sivanesan
(foto Ismail Ahmad, bekas Juara Dunia Polis Sedunia)


Mereka merupakan sebahagian dari pemain-pemain catur berbakat yang cuba menimba pengalaman dan mencari pendedahan di peringkat antarabangsa. Kepada mereka semua, diucapkan SELAMAT BERJUANG DI PERINGKAT ANTARABANGSA DEMI KEMAJUAN SUKAN CATUR NEGARA! SELAMAT MAJU JAYA!


No comments:

Post a Comment