Friday, May 21, 2010

Latihan Pusat MSS Negeri


Kurang 3 minggu dari sekarang, semua-semua pemain catur MSS dari seluruh negara akan bertemu dan bertarung mencari kemenangan dan merebut pingat-pingat yang dipertandingkan dalam enam (6) kategori samada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Kebanyakan negeri telah selesai membuat pemilihan pemain-pemain catur yang akan bertandang ke Negeri Perlis Indera Kayangan, tuan rumah Kejohanan Catur MSSM 2010.

Bagi memantapkan permainan kontinjen negeri masing-masing, latihan pusat sebelum ke Kangar bakal diadakan. Banyak negeri yang memilih minggu terakhir pada penghujung Mei untuk latihan pusat mereka.

Berikut adalah tarikh-tarikh latihan pusat MSS Negeri.

PULAU PINANG > 15/5 di SMK Penang Free School

KELANTAN > 23/5 - 27/5 di SMK Dato' Ismail

JOHOR > 31/5 - 4/6 di SMT Kota Tinggi



2 comments:

  1. KELANTAN - 23 - 27 Mei 2010 di SMK Dato' Ismail

    ReplyDelete
  2. n.sembilan -28 Mei - 5 June 2010

    ReplyDelete