Tuesday, July 6, 2010

NWM Tan Li Ting vs WFM Nur Najiha Azman Hisham

Tan Li Ting (WP) - Nur Najiha Azman Hisham (SEL) [D36]
MSSM 2010 Individu P12 Perlis (Pusingan 3), 08.06.2010
D36: Queen's Gambit Declined: Exchange Variation

Pertembungan antara buku dengan ruas, NWM Tan Li Ting dan WFM Nur Najiha Azman Hisham, berlaku seawal pusingan ketiga. Dalam permainan ini, putih berjaya mendapat initiative pada fasa opening, namun gagal mengekalkannya pada fasa middle game. Hitam perlahan-lahan menyerap asakan putih, berjaya memecah a-file dan seterusnya menukar pieces. Selepas itu, hitam terus mengasak putih sehingga putih melakukan beberapa kesilapan, termasuklah membenarkan hitam mengaplikasikan taktik pin sehingga berjaya mendapat kelebihan 2 pawn.

1.d4 d5 2.c4 e6 3.Nc3 Nf6 4.Bg5 Nbd7 5.cxd5 Queen's Gambit Declined : Exchange Variation.
5...exd5 (Diagram) Perlu difahami bahawa dalam QGD Exchange Variation, pelan permainan adalah bergantung kepada bagaimana hitam membalas gerakan cxd5 daripada putih. Hitam boleh membalas gerakan tersebut dengan 3 cara : exd5, cxd5 atau Nxd5. Dalam permainan ini, hitam dipaksa untuk memilih exd5.

6.e3 c6 QGD Exchange Variation adalah antara opening yang agak kompleks dari segi teori. Ini kerana putih boleh memilih untuk bermain cxd5 dalam mana-mana gerakan pada fasa opening bermula dari gerakan ke-3 lagi. Dalam permainan ini, putih memilih gerakan ke-5 untuk bermain exchange variation.

7.Bd3 Be7 8.Nf3 0–0 9.Qc2 h6 10.Bh4 Re8 11.0–0 (Diagram)
Putih dan hitam sudah melakukan castling. Sekarang mereka berada dalam fasa middle game. Dalam situasi ini, putih memilih untuk castling King-side dan pelan seterusnya ialah putih mesti melancarkan minority attack di sebelah Queen side.

11...b6
Dalam variasi ini, hitam perlu segera memberi ruang kebebasan kepada piecesnya dengan bermain ...Ne4.

12.Rab1
Bersedia untuk minority attack.

12...Bb7
13.b2-b4 (Diagram)
Minority attack! Perhatikan bilangan pawn Queenside putih. Putih hanya mempunyai 3 pawn di file a, b dan d, sementara hitam mempunyai majoriti pawn iaitu di file a, b, c dan d. Idea dalam minority attack ialah pawn b putih akan ditolak sehingga ke petak b5 untuk menyerang pawn c6. Pawn c6 berada dalam keadaan bahaya kerana tidak dibantu oleh mana-mana pawn dan terdedah kepada serangan Queen / Rook melalui c-file yang separuh terbuka.
13...Ne4 Gerakan yang sangat penting bagi hitam.
14.Bxe7 Qxe7
Hitam perlu memaksa pertukaran Bishop ini berlaku untuk memberi ruang bagi piecesnya bergerak.
15.Rfe1 Nxc3 16.Qxc3 Qf6
Bishop dan Knight hitam masih terkepung sedangkan putih sudah boleh memaksimumkan pergerakan seluruh bala tenteranya.
17.Qc2
Masih mengintai peluang di petak h7 dan dalam masa mengawal laluan c-file.
17...Re7 18.Bf5
Membuang move kerana Knight yang diserang itu sememangnya akan bergerak ke petak f8 untuk melindungi petak h7. Hitam juga lebih suka sekiranya Bishop putih ingin ditukar dengan Knight hitam kerana nilai Bishop itu lebih tinggi berbanding Knight. Mungkin putih boleh bermain 18.Bh7+ terlebih dahulu diikuti oleh 19.Bf5.

18...Nf8 19.Bf5-d3 (Diagram)
Bishop putih berundur semula ke tempat asal. Sepatutnya putih mengambil peluang dari pengunduran Knight hitam ke petak f8 dengan bermain 19.Ne5, menumpukan serangan ke arah pawn c6. Putih perlu kembali kepada pelan asal untuk bermain minority attack dan ditumpukan kepada kelemahan hitam di petak c6.

19...Rc7 20.Rb3
Untuk meletakkan Rook di petak c3. Mungkin idea yang lebih baik ialah terus bermain 20.Rec1.

20...Qd6 Untuk menghalang Rook daripada meninggalkan b-file.
21.Reb1 Bc8 Cuba mencari ruang untuk bergerak.
22.Rc3 Bd7 23.a3 Putih tidak boleh membuang masa
untuk menyerang pawn c6. Mungkin lebih baik terus bermain 23.Ne5.
23...Ne6
Knight hitam mendapat petak yang strategik di tengah-tengah medan pertempuran.

24.Nf3-e5 (Diagram)
Knight putih melompat untuk membantu serangan. Sekarang semuanya sedang bertumpu di petak c6. Mampukah hitam bertahan?

24...Be8 Menyimpan Bishop sambil melindungi pawn c6.
25.Bf5 Nd8 Berundur sambil menambah perlindungan bagi pawn c6.
26.Rc1
4 pieces putih menyerang pawn c6. Hitam turut bertahan dengan 4 pieces.
26...a5 Hitam mengambil langkah bijak dengan cuba mengaktifkan satu-satunya Rook yang masih belum bergerak. Gerakan ini juga penting untuk memaksa putih menentukan sama ada ingin terus melakukan minority attack ataupun tidak.

27.Ne5-d3 (Diagram)
Putih tidak patut membiarkan hitam membuka laluan di a-file. Apabila a-file dibuka, hitam boleh mengatur counter-attack dan mengalih tumpuan putih dari menyerang pawn c6. Mungkin putih boleh bermain 27.b5 c5 28.a4 untuk menutup laluan a-file.

27...axb4 28.axb4 Rca7 Hitam tidak membuang masa untuk mengatur counter-attack.

29.Rb3 Ra1 Hitam berusaha menukar piece yang menyerang pawn c6.

30.Rcb1 Rxb1+ 31.Rxb1 Bd7 32.Bxd7 Qd6xd7 (Diagram)

Hasil dari pembukaan a-file, beberapa pieces telah ditukar. Ia memberikan lebih ruang untuk hitam bergerak dan membantu mengurangkan ancaman terhadap pawn c6 dan b6. Putih gagal memanfaatkan kelemahan pawn c6 hitam.

33.h3 Rc8 34.Rc1 Qd6 35.Qa4
Putih cuba untuk terus menyerang Queenside hitam. Satu idea yang sangat baik kerana hitam mempunyai 2 kelemahan, iaitu pawn b6 dan c6.

35...Ne6 36.Qa6 Qb8
Hitam masih perlu menyelesaikan masalahnya iaitu pawn b6 dan c6.

37.Qa6-a3? (Diagram)
Mengapa putih perlu berundur? Gerakan yang lebih baik untuk terus menekan kedudukan hitam ialah dengan bermain 37.Ne5!? menyerang pawn c6 dan mengancam untuk menyerang pawn b6 dengan bermain Nd7.

37...Qd6 38.Rc3
Putih cuba untuk meletakkan Queen di petak c1. Idea ini meyebabkan putih kehilangan tempo. Sepatutnya putih sudah bermain 38.Ne5 untuk terus menyerang pawn c6.

38...Ng5 Hitam mengambil peluang dari kealpaan putih untuk terus menyerang pawn c6.

39.Qa3-c1? (Diagram)
Putih sepatutnya bermain 39.Qa6, menyerang Rook dan pawn b6 serentak.

39...Ne4 Hitam perlahan-lahan memperbaiki kedudukan pieces.

40.Rc2 Kf8 41.f4?!
Putih menyerahkan sepenuhnya penguasaan petak e4 kepada hitam. Dalam masa yang sama, gerakan 41.f4 melemahkan kedudukan pawn e3 yang terdedah kepada serangan Rook hitam dalam file yang separuh terbuka.

41...f6 Putih sudah tidak boleh bermain Ne5.
42.Qa3 Qe7 Sasaran serangan hitam ialah pawn e3.
43.Qa3-a2? (Diagram)
Penting bagi putih untuk melindungi pawn e3 sekarang. Mungkin putih boleh bermain 43.Qc1.

43...Nd6 Gerakan yang lebih baik ialah 43...Ng3!, menyerang pawn e3. Rook tidak boleh melindungi pawn e3 kerana petak e2 dikawal oleh Knight hitam. Oleh itu, putih perlu bermain 44.Kf2 Nh1+ (if 45.Kg1 (45.Ke2 Re8!) 45...Qxe3+ 46.Kxh1 Qxd3)

44.Re2 Ne4 45.Qb3 Sekarang putih pula yang terpaksa berusaha melindungi pawn b4 dan e3.

45...Ng3 Gerakan yang sepatutnya dilakukan lebih awal lagi.

46.Re1 Ne4 Adakah hitam ingin draw dengan putih? Mungkin lebih baik untuk hitam mengaktifkan Rooknya dengan bermain 46...Ra8.

47.Kh2 Nd6 48.Nb2 Nd6-f5 (Diagram)

Sekarang hitam memberikan tekanan kepada backward pawn di petak e3.

49.Na4
Putih tidak dapat melihat ancaman hitam. Rook di petak e1 tidak dikawal. Di sini lebih baik untuk putih bermain 49.Qc3.

49...b5 50.Na4-c5 (Diagram)
Dalam kedudukan ini, Knight putih nampaknya selesa menguasai petak c5. Namun putih terlupa Rooknya perlukan perlindungan. Hitam menghukum kesilapan putih dengan bermain...
50...Nxd4!
Hitam berkelebihan 1 pawn. Pawn e3 di pin oleh Queen hitam, sementara Rook di petak e1 tidak dikawal.

51.Qd3 Ne6 52.Qf5 Re8 53.Nxe6+
Putih mematikan Knight hitam yang sangat berbahaya.

53...Qxe6 54.Qc2
Putih tidak mahu menukar Queen dalam keadaan hitam berkelebihan 1 pawn.

54...Qd6 55.Re1-e2 (Diagram)

55...Re6
Di sini, gerakan yang lebih baik ialah 55...d4! mengancam untuk melakukan fork di petak d3 sambil mengancam pawn e3.

56.exd4 Qxf4+ 56.Qb3 Re4 57.Rb2 Qe6
Hitam terus memanfaatkan kelemahan pawn e3 putih.

58.Rb2-e2 (Diagram)
Nampaknya putih masih belum belajar tentang kelemahan pawn e3 ini. Pawn ini sukar untuk diselamatkan. Sekali lagi putih melakukan kesilapan kerana Rook ini tidak dilindungi. Apakah gerakan terbaik hitam yang berjaya memanfaatkan kelemahan kedudukan Rook putih?

58...Rxf4!!
Buat kali kedua, kelemahan pawn e3 dimanfaatkan hitam. Pawn e3 yang berfungsi melindungi pawn d4 dan f4 menjadi mangsa kepada taktik pin!

59.exf4
Putih ketinggalan 2 pawn.

59...Qxe2 60.Qa3 Qe8
Hitam tidak mahu terburu-buru. Queen membantu pertahanan sebelum melancarkan serangan seterusnya. Lebih baik untuk hitam terus bermain 60...d4 untuk memberi tekanan kepada putih. Selepas dari kedudukan ini, hitam hanya perlu mencari peluang untuk menukar Queen dan dalam masa yang sama berusaha untuk mempromosi pawnnya menjadi Queen.

61.Qc3 Qd7 62.Qc5+ Kf7 63.Qd4 Qd6 64.Kg1 Qe6 65.Qc5 Qe1+ 66.Kh2 Qe4 67.Qxc6 Qxf4+ 68.Kg1 Qd4+ 69.Kh1 Qd1+ 70.Kh2 Qd3 71.Qd7+ Kg8 72.Qe6+ Kh7 73.Qd6 Qe4 74.Kh1 Qe1+ 75.Kh2 Qe5+ (Diagram)
0-1. Tahniah kepada kedua-dua pemain yang berjaya menunjukkan permainan yang matang walaupun masih berada di bawah umur 12 tahun. Diharapkan lebih ramai lagi pemain catur cilik dapat dilahirkan di negara kita pada masa yang akan datang....

Armanov,
Bandar Seri Iskandar, Perak DR.

No comments:

Post a Comment