Dalam kedudukan ini, hitam baru sahaja menggerakkan 22...Qb8-d8. (Diagram)
Hitam kekurangan 1 piece dan Rook di petak f6 pula diserang oleh Knight putih. Bishop hitam di petak a7 pula tidak dapat membantu dan hanya memerhatikan dari jauh serangan yang dilancarkan oleh putih. Apakah gerakan putih seterusnya yang terus mematikan semangat juang hitam?

Mungkin putih boleh bermain 23.Nxf6+, tetapi Nithya menjumpai satu gerakan yang lebih baik iaitu 23.Re8+! Double attack : King dan Queen. Adakah putih memberikan Rook secara percuma?
Queen terpaksa makan Rook 23...Qxe8 Deflection! Queen dipaksa untuk meninggalkan kawalannya ke atas petak f6.
Putih mengambil peluang dengan melakukan fork King dan Queen 24.Nxf6+ Kf8 dan 25.Nxe8 Kxe8. Putih sudah berkelebihan 1 Queen dan tidak menghadapi masalah untuk menang.
Puteri Rifqah Fahada (SEL) – Winnielyn Serillano (SBH)
Dalam kedudukan di sebelah, putih baru sahaja menggerakkan Knight f4 ke petak d5. Hitam perlu membuat pilihan untuk menyelamatkan Queen dan Knight di petak f6. Mungkin gerakan yang sepatutnya dimainkan oleh hitam ialah 15…Qd8, berundur sambil melindungi Knight di petak f6.
Dalam permainan sebenar, hitam telah melakukan kesilapan apabila bermain 15…Qe6.
Ini memberikan peluang kepada putih untuk terus menyerang kedudukan Queen dengan bermain 16.Nd4. Sekarang Queen sangat sukar untuk mencari petak untuk meyelamatkan diri dan dalam masa yang sama perlu melindungi Knight di petak f6.
Hitam menyambung permainan dengan 16…Qe8 dan putih terus menghukum kesilapan hitam dengan bermain 17.Nxf6, makan Knight hitam percuma sambil fork Queen dan Rook, dan seterusnya memenangi permainan ini.
Nurfarah Najwa (PER) – Teh De Zen (PP)
Dalam kedudukan di sebelah, hitam baru sahaja bermain 30…Bc6-d5. (Diagram)
Rook putih berada pada kedudukan yang agresif iaitu di rank ketujuh dan serangan ini turut dibantu oleh Knight putih. Knight putih pula menghadapi masalah untuk keluar dengan selamat dari petak f6.
Dalam permainan sebenar, putih menyelesaikan masalah Knightnya dengan bermain 31.Nxd5 Rxd5 dan seterusnya hitam memenangi permainan hasil daripada kedudukan Rook dan pawn yang lebih baik daripada putih.

Putih sepatutnya mengambil peluang dari kedudukan ini untuk mendapat keputusan draw. Gerakan yang sepatut dipilihnya ialah 31.Nh7+! Ke8 32.Nf6+ Kf8 33.Nh7+ Ke8 = (Sekiranya 33…Kg8 34.Nf6+ Kh8?? 35.Rh7#)
No comments:
Post a Comment