Sunday, August 22, 2010

Individu Perempuan Bawah 12

Teh De Zen (PP) - Madihah Abdul Razak (MEL) (R6)


Hitam sudah kehilangan 1 piece dalam fasa opening. Malangnya, hitam melakukan satu lagi kesilapan. Hitam baru sahaja menggerakkan 14...Ba6-b7?? untuk mempertahankan pawn c6 yang diserang oleh Knight d5.

Putih segera menghukum kesilapan hitam dengan bermain 15.Qb3+! Qd5 16.Qxb7 dan putih sudah berkelebihan 2 pieces.


Nithyalakshmi (NS) - Tan Li Ting (WP) (R7)

Dalam kedudukan ini, putih baru sahaja bermain 14.Bb3xf7+. Hitam membalas gerakan putih dengan bermain 14...Kxf7.

Dalam permainan sebenar, putih menyambung serangannya dengan bermain 15.Rxe4? Nxe4 16.Ng5+ Kg8? 17.Nxe4.

Sepatutnya, putih boleh terus mengekalkan initiative dengan bermain 15.Ng5+! Kg8 16.Nxe4 Nxe4 17.Rxe4.


Aina Najihah Abdul Malik (PRK) - Nur Najiha Azman Hisham (SEL) (R5)


Dalam kedudukan ini, Putih baru sahaja bermain 20.Re1-e3?? Putih perlu berhati-hati kerana Bishop di petak c4 tidak dilindungi.

Sepatutnya Putih boleh cuba bermain 20.Nd4, mengelak Knight daripada ancaman Bishop hitam dan seterusnya cuba menghalau Bishop yang sedang selesa berada di petak c6.

Hitam terus menghukum kesilapan putih dengan bermain 20...Bxf3! 21.Rxf3 Rxc4 dan seterusnya memenangi permainan ini.

No comments:

Post a Comment