Thursday, September 30, 2010

Individu Lelaki Bawah 12, Pusingan 1, MSSM 2010

Passed Pawn Dalam Middle Game
Putih : Yeoh Li Tian (Selangor)
Hitam : Amir Hamzah Othman (Perak)
MSSM 2010, Pusingan 1, 7.6.2010, C45 Scotch Gambit.

Selepas 19...Nb6
Berdasarkan diagram di sebelah, hitam baru sahaja bermain 19...Nb6. Putih sudah memiliki kelebihan, namun memerlukan perancangan yang betul menang. Justeru, putih sedang merancang untuk menggunakan sepenuhnya passed pawn yang dimilikinya. Bagaimanakah putih melaksanakan perancangannya?

20.Bb4 Melindungi passed pawn dengan Bishop dan Rook.

20...Nc4 Hitam menambahkan lagi tekanan kepada passed pawn d6. 2 pieces hitam menyerang pawn d6 dan putih bertahan dengan 2 pieces.
Selepas 20...Nc4

21.Rd3 Putih bersedia untuk membawa satu lagi Rook ke petak d1 untuk mempertahankan pawn d6.

21...a5 22.Bc5 Rg6 Mungkin lebih baik untuk hitam bermain 22...Kd7, menghalang pawn itu daripada bergerak, dan diikuti dengan Rg6. Meskipun demikian, ia tidak mampu menghalang kemenangan putih...

23.Rfd1 Putih sememangnya bersedia untuk menghadapi situasi ini. 3 pieces hitam menyerang pawn d6 dan 3 pieces putih mempertahankannya.

23...a3 Hitam merancang untuk melakukan fork untuk kedua-dua Rook putih di petak  b2.

24.d7+ Kc7 25.Be7! Menghalau Rook untuk membantu pawn dinaikkan pangkat kepada Queen!

25...Nb2 Fork.

Selepas 25...Nb2

26.Bxd8+ Putih terlebih dahulu check!

26...Kxd8 27.Rd6! Putih memaksa hitam untuk menukar semua pieces. Hitam tidak mempunyai pilihan lain...

27...Nxd1 28.Rxg6 hxg6 29.Kxd1 Kxd7

Selepas 29...Kxd7


Berdasarkan kedudukan ini, putih tidak menghadapi masalah untuk menang. Ini kerana hitam mempunyai 4 pawn island berbanding putih yang hanya mempunyai 3 pawn island.
Putih mempunyai kelebihan di Kingside kerana putih mempunyai 4 connected pawn berbanding hanya 2 pawn hitam yang berjauhan antara satu sama lain.
Perancangan putih untuk menang adalah mudah :
Fasa 1 : Putih akan cuba mencipta passed pawn di sebelah kingside.
Fasa 2 : Apabila King hitam sudah sibuk berada di Kingside untuk menyekat passed pawn putih, King putih akan menyerang pawn hitam di petak c6.
Fasa 3 : Membawa passed pawn putih di c2 ke petak c8 dan bertukar menjadi Queen.
Fasa 4 : Checkmate dan menang!

30.Kd2 Putih mengaktifkan Kingnya terlebih dahulu dengan meletakkannya di tengah-tengah chessboard. 

30...c5 31.Kc3 a4 32.Kc4 Kc6 33.h4

Selepas 33.h4

Fasa 1 sudah bermula. Putih akan mencipta passed pawn di Kingside. Pawn hitam sudah tidak boleh bergerak!

33...Kd6 34.f4 exf4 35.gxf4
Fasa 1 sudah selesai. Sekarang putih memasuki fasa kedua.

Selepas 35.gxf4


35...Ke6 36.Kxc5
Fasa kedua juga selesai dengan mudah. King hitam tidak mampu mempertahankan pawn c5 dan dalam masa yang sama menyekat pawn e dan f. Fasa ketiga ialah putih akan berusaha untuk menukar pawn c2 atau e4 kepada Queen.

36...Kf6 37.Kd6 Kf7

Selepas 37...Kf7

Hitam sudah tidak boleh menghalang pawn putih dari menjadi Queen. Putih mempunyai 2 passed pawn iaitu pawn c dan e dan kedua-duanya tiada masalah untuk naik menjadi Queen. Hitam sudah boleh menyerah kalah. 1-0








No comments:

Post a Comment