Thursday, November 11, 2010

Tahniah Pasukan Catur Di APSSO!

PUTRAJAYA 10 Nov. - Malaysia terus menunjukkan keunggulannya dalam bidang sukan sekolah di peringkat antarabangsa apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Olimpiad Sukan Sekolah Rendah ASEAN (APSSO) di Jakarta, Indonesia minggu lalu. (Petikan dari Utusan Online)




MUHYIDDIN Yassin membelek salah satu daripada empat pingat emas yang dimenangi oleh Yeoh Li Tian semasa meraikan 26 atlet Majlis Sukan Sekolah Malaysia yang muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Olimpiad Sukan Sekolah Rendah ASEAN di Putrajaya, semalam. (Utusan Online)

Tahniah kepada Yeoh Li Tian yang telah membantu pasukan negara untuk memenangi juara keseluruhan dalam Kejohanan APSSO minggu lalu. Diharapkan dengan kemenangan ini akan membuktikan keupayaan MSSM dalam melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan catur.

Berikut ialah permainan Yeoh Li Tian dalam pusingan keenam MSSM 2010 yang juga merupakan pemenang pingat emas dalam sukan catur APSSO baru-baru ini.

Caro-Kann Defense
Putih : Ooi Zhi Yang (Pulau Pinang)
Hitam : Yeoh Li Tian (Selangor)
MSSM 2010, Pusingan 6, Individu Lelaki Bawah 12, Kangar, Perlis.


Selepas 31...Qb7
31.a3 Qb7

Dalam kedudukan ini, hitam mempunyai sedikit kelebihan, namun putih masih mampu bertahan. Putih mempunyai masalah pada struktur pawn, terutamanya di Kingside yang mempunyai isolated pawn di petak d4 dan double pawn di petak f2 dan f3. Isolated pawn akan menyebabkan pieces putih terpaksa bekerja keras untuk mempertahankan pawn tersebut dari serangan hitam berbanding connected pawn yang lebih dinamik kerana boleh bergerak untuk melindungi antara satu sama lain.

Bishop putih agak tersekat pergerakannya oleh pawn putih di petak d4 dan f2. Namun Rook putih berada pada kedudukan yang baik kerana menguasai c-file. Hitam perlu mengambil peluang atas kelemahan pawn putih di Kingside yang terpisah antara satu sama lain.

Bagaimanakah hitam melaksanakan misinya?

32.Qc2?
Putih terlalu optimis untuk cuba memaksa berlakunya pertukaran antara Queen putih dan Queen hitam. Putih terlepas pandang pada kedudukan pawn kingsidenya yang agak goyah. Sepatutnya putih bermain 32.Kg2 untuk melindungi pawn f3. 
Selepas 32...f5
32...f5!
Hitam sudah dapat melihat kelemahan pawn putih di petak f3! Sekarang putih sudah terlambat untuk melindungi pawn f3.

33.Nc3
Knight putih tidak mempunyai banyak pilihan.

33...Nxe3
Hitam membuat pilihan yang bijak apabila memilih untuk makan Bishop di petak e3 dan mengancam Queen di petak c2. Putih tiada masa untuk melindungi pawn f3.
Selepas 34...Qxf3

34.fxe3 Qxf3+
Menyerang King putih sambil menyerang pawn e3!

35.Qg2
Putih masih cuba untuk memancing hitam untuk menukar Queen.

35...Qxe3
Hitam tidak akan menukar Queen. Hitam sudah memiliki kelebihan 2 pawn dan sepatutnya tiada masalah untuk memenangi pertempuran ini.

36.Ne2
Melindungi pawn d4 sambil membuka laluan untuk Rook menguasai 7th rank.

36...Qg5
Hitam pula yang cuba mengajak putih untuk menukar Queen dan bermain ending kerana hitam sudah memiliki kelebihan 2 pawn.

37.Qc6
Putih cuba untuk melakukan serangan balas dengan menyerang pawn e6.
Selepas 37...f4
37...f4?!
Hitam cuba menolak passed pawn untuk membantu serangan di Kingside, namun perancangan ini bukanlah yang terbaik untuknya. Ini kerana Putih boleh bermain 38.Rf1 dan seterusnya mematikan pawn tersebut. Lebih baik untuk tidak mengambil risiko dengan bermain 37...Rd8, mengancam untuk mengambil pawn d4.

38.Qc7?
Putih ingin melindungi Queen daripada ditukar oleh Hitam yang akan bermain ...Qd5+. Putih juga tidak dapat menghidu bahaya yang dibawa oleh pawn f4. Gerakan yang lebih baik ialah 38.Rf1 untuk mematikan pawn f4.

38...Qd5+!
Hitam mengambil peluang daripada ruang yang ditinggalkan oleh Queen putih untuk menguasai diagonal a8-h1. 
Selepas 39...Bd6
39.Kg1 Bd6!
Queen putih menjadi sasaran serangan hitam. Develop Bishop, menyerang Queen dan dalam masa yang sama melindungi Rook di petak b8 dan pawn di petak f4!

40.Qc3
Berundur untuk membantu pertahanan. Mengambil pawn hitam di petak a7 hanyalah akan melambatkan Queen putih daripada melindungi Kingnya.

40...f3
Pawn ini menjadi semakin berbahaya setiap kali ia melangkah ke hadapan...

41.Ng3
Satu-satunya petak yang selamat untuk Knight. 
Selepas 41...Rf8
41...Rf8
Membawa senjata berat dan menghalakannya ke arah King putih. Hitam merancang untuk bermain ...f2+

42.Kf2
Menghalang pawn daripada bergerak. King terpaksa bertindak sendiri untuk mempertahankan dirinya!

42...Bxg3+
Memusnahkan jentera pertahanan putih. 
Selepas 43...Qh5
43.hxg3 Qh5!
Sekarang Queen akan cuba mencelah masuk ke dalam kubu putih melalui Kingside.

44.Qb4
Putih masih cuba untuk melancarkan serangan balas yang sebenarnya masih tidak mampu untuk mengalih perhatian hitam. Hitam sedang mengepung dan menjerat King putih.

44...Qh2+ 45.Ke3
Sekiranya 45.Kf1 Qe2+ 46.Kg1 Qg2#

45...Qe2# 0–1

No comments:

Post a Comment