Friday, April 16, 2010

Daerah PETALING PERDANA (PP) Juarai Kejohanan Catur MSS Negeri Selangor 2010 di Sabak Bernam


Kontijen catur MSSD Petaling Perdana telah berjaya menjuarai kejohanan catur MSS Selangor 2010 yang telah selesai diadakan petang semalam. Kejohanan tersebut yang bermula pada 13 April sehingga 15 April telah diadakan di SMK Sungai Besar, Selangor. Kontijen Petaling Perdana telah bertolak dari Pejabat PPD di Seksyen 19 pada petang Isnin, 12 April dengan sebuah bas. Pasukan yang disertai oleh 24 orang pemain bagi 6 kategori yang dipertandingkan setelah berjaya sewaktu pemilihan di peringkat daerah minggu lalu telah diiringi oleh beberapa orang guru sebagai pengurus dan jurulatih serta Pengerusi Teknik (PT) ke Sungai Besar dengan keazaman membara untuk menjadi juara dan pemenang.

SYABAS dan TAHNIAH kerana setiap pemain bagi kontijen MSSD Petaling Perdana tidak pulang dengan tangan kosong. Ini kerana kontijen MSSD Petaling Perdana merupakan pemenang bagi setiap kategori.



Pasukan P12 telah diwakili oleh Anis Fariha Saleh, Aina Farzana Che Mohd Azemin, Intan Nor Syahida Hashim dan Nurulhana Syuhada Sulkifli. Pasukan ini telah mendapat tempat kelima acara berpasukan. Sementara Nurulhana telah berjaya mendapat tempat kelima acara individu. SYABAS dan TAHNIAH!


Para pemain bagi pasukan P15 adalah Jane Wee Li Yen, Nur Fairuz Shamsul Kamal, Nurul Adlina Mohd Sulkifly dan Vickie Hong Wee Ki. Pasukan P15 telah mendapat tempat ketiga acara berpasukan. Amat sayang sekali pemain-pemain Pasukan P15 gagal memenangi acara individu untuk keputusan yang lebih cemerlang. SYABAS dan TAHNIAH!


Wakil-wakil Pasukan P18 Petaling Perdana adalah Nur Syafiqah Othman, Winnie Hong Wee Ni, Chong Sy Ying dan Nur Fariha Mohd Jamri. Pasukan ini telah berjaya menjadi Naib Juara acara berpasukan. Winnie meneruskan kecemerlangan dengan menjadi Johan acara individu. Tahniah Winnie! SYABAS dan TAHNIAH!


Pasukan L12 telah diwakili oleh Muhd Ihsan Syahiran Mohd Najib, Tin Jun Hao, Muhd Azfar Zariq Abu Bakar dan Daryl Wong Cheng Lim. Tin Jun Hao yang berjaya menjadi Naib Johan acara individu telah berjaya mengetuai pasukannya untuk mendapat tempat keempat acara berpasukan. SYABAS dan TAHNIAH!


Sebagai juara MSSD PP, Low Jun Keat telah mengetuai Pasukan L15 yang juga disertai oleh Fikri Saleh, Sunil Kalivanan, dan Muhd Khidhir Muhd Zamani. Pasukan L15 sungguh cemerlang kerana berjaya mengesahkan diri sebagai Juara acara berpasukan sebelum pusingan terakhir. Mereka berjaya memungut mata yang tinggi (18/20). Fikri dan Sunil berjaya meneruskan kecemerlangan dalam acara individu setelah masing-masing berjaya mendapat tempat Pertama dan Kelima. SYABAS dan TAHNIAH!


Pasukan L18 yang dibarisi oleh Low Jun Jian, Tiam Wen Yong, Ashman Raziuddin Aliff dan Hazwan Lee Haris Lee juga cemerlang di kejohanan ini setelah berjaya mendapat tempat keempat acara berpasukan. Dua orang dari mereka iaitu Jun Jian dan Ashman masing-masing telah berjaya mendapat tempat ketiga dan kelima dalam acara individu. SYABAS dan TAHNIAH!

Dengan berbekalkan 108 mata, Daerah Petaling Perdana telah dinobatkan sebagai JUARA Kejohanan Catur MSSS edisi 2010. Kejayaan sebagai juara ini agak terencat sedikit kerana trofi pusingan tidak disampaikan sewaktu Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah.

CONGRATULATION kepada semua ahli kontijen catur MSSD Petaling Perdana. Mereka berhak kemenangan ini setelah berhempas pulas dan berjuang selama tiga hari kejohanan. Pelbagai kisah suka duka dan pengalaman pahit manis yang mereka lalui sepanjang kejohanan dan menetap di Sungai Besar bersama-sama semua guru pengiring. Semoga ia menjadi pengalaman yang amat berguna dalam mengharungi kehidupan yang lebih mencabar di masa akan datang.

Kontijen catur MSSD Petaling Perdana edisi 2010 seharusnya diberikan penghargaan setelah berjaya menjadi JUARA dalam kejohanan ini dan diraikan dalam satu majlis apresiasi.


1 comment: