Kontinjen Negeri Selangor telah menyapu bersih kedua-dua pingat Emas dalam kategori B12 Individu. Yeoh Li Tian yang baru berusia 10 tahun telah menewaskan pesaing-pesaing beliau termasuk rakan sepasukan Mohd Irfan Haqqim yang memenangi pingat Perak. Adakah Li Tian akan mempertahankan kejuaraannya tahun lepas? Beliau tidak menyertai Kejohanan Catur MSS peringkat Negeri Selangor di Sabak Bernam pada tahun ini. Sebenarnya Li Tian berada dalam kelas tersendiri. Kita tunggu dan lihat di Kejohanan Catur MSSM 2010 di Kangar tidak lama lagi samada Li Tian akan mempertahankan pingat emasnya tahun lalu.
Sudah pasti pemain-pemain negeri lain juga ingin merebut pingat emas B12 Lelaki. Sebagai contoh, Mohd Sirajuddin dari Kedah, Aziz Farhan dari Johor (tahun lepas mewakili WPKL), Ooi Zhi Yang dari Pulau Pinang dan Shreyes Subramaniam dari Pahang. (Hanya sekadar menyebut beberapa nama. Mereka merupakan juara B12 Lelaki bagi negeri masing-masing. Mereka mungkin bermain dalam kategori Berpasukan.) Sudah pasti sengit pertarungan bagi kategori B12 Lelaki pada tahun ini.
Bagi kategori perempuan pula, Nur Nabila Azman merupakan pemenang pingat emas pada tahun lepas. Tetapi pada tahun ini beliau tidak akan mempertahankan kejuaraan tersebut kerana telah melepasi had umur. Beliau menyertai kategori B15 pada tahun ini. Siapakah yang bakal menjadi juara pada edisi 2010 kali ini? Adakah Tan Li Ting yang mewakili Wilayah Persekutuan dan juga merupakan Juara Kebangsaan Wanita 2009 akan berjaya menduduki takhta pada edisi kali ini? Li Ting juga merupakan Naib Johan edisi tahun lepas. Atau Nur Najiha Azman dari Selangor yang sudah pasti ingin menebus kekecewaan pada tahun lepas. Mungkinkah juga Puteri Rifqah Mohd Azhar akan bersaing dalam kategori individu?
Rifqah telah mengetuai pasukan B12 Perempuan Selangor tahun lepas menggondol pingat emas menewaskan pasukan Pulau Pinang dan WP Kuala Lumpur. Mungkin Kelly Lim Pei Ying dari Pulau Pinang juga akan memberi cabaran setelah dinobatkan sebagai Juara B12 Perempuan Negeri Pulau Pinang tahun ini. Tahun lepas beliau bermain dalam kategori berpasukan. Di antara pencabar-pencabar lain, (sekadar menyebut beberapa nama), Siti Aisyah Sabirin dari Terengganu, Nurjannah dari Pahang, Maisarrah dari Johor dan Fatih Nur Sahariah dari Kelantan.
SUDAH PASTI KE SEMUA PEMAIN TELAH MEMBUAT PERSIAPAN RAPI BAGI MENGHADAPI KEJOHANAN CATUR MSSM DI KANGAR TAHUN INI. KEJOHANAN SCHOLASTIC INI SANGAT BERPRESTIJ DAN TELAH MENJADI MEDAN BAGI KEBANYAKAN PEMAIN CATUR ELIT NEGARA.
SUDAH PASTI JUGA KESEMUA PT (PENGERUSI TEKNIK) NEGERI TELAH MERANCANG PELBAGAI STRATEGI UNTUK MEMENANGI DAN BEROLEH KEJAYAAN CEMERLANG DALAM KEJOHANAN CATUR MSSM EDISI 2010.
SEBELUM DEMAM BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2010 DI AFRIKA SELATAN, SUDAH PASTI KITA DEMAM KEJOHANAN CATUR MSSM DAHULU DI NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN.
PERLIS, HERE WE COME!
No comments:
Post a Comment