Friday, June 18, 2010

Individu Perempuan Bawah 12 - Pusingan 1

Tragedi Di MSSM 2010

MSSM 2010 banyak meninggalkan kenangan pahit manis kepada semua pemain, guru, ibu bapa dan jurulatih. Berikut dipaparkan beberapa tragedi menarik yang berlaku pada pusingan 1, kategori Individu Perempuan Bawah 12.

Tan Li Ting (WP) vs Hii Wee Yin (SWK)

Dalam kedudukan berikut, putih baru sahaja melakukan gerakan 14.Na4-c5. Hitam mempunyai kelemahan di petak d6 dan c6. Hitam sepatutnya mencuba untuk menghalau Knight putih yang sedang bermaharajalela di petak e5. Apakah gerakan yang sepatutnya dilakukan oleh Hitam?

Hitam bermain 14...Nf5? Hitam telah melakukan kesilapan! Sepatutnya Knight itu mesti berada di petak e7 bagi melindungi pawn c6. Putih menghukum kesilapan hitam dengan bermain 15.Nxc6! Fork Queen dan Rook, dan seterusnya membolehkan putih untuk memenangi pusingan ini.

Nurul Ain Mat Yunan (PHG) vs Puteri Rifqah Fahada (SEL)

Dalam kedudukan ini, hitam baru sahaja menggerakkan 10...Nc6-d4 menyerang Queen dan Bishop. Putih masih boleh untuk bertahan dengan bermain 11.Qd1. Apakah gerakan yang telah putih lakukan?


Putih telah bermain 11.Qe3? dan Hitam telah menghukum kesilapan putih dengan bermain

11...Nxc2+! Family fork!
12.Kf1 Nxe3+ 13.Bxe3 d5 14. d4 cxd4


Hitam sekali lagi menyediakan perangkap untuk hitam. Adakah akan berlaku tragedi kedua buat putih? Putih perlu lebih berhati-hati...

Putih bermain 15.Bxd4? Sekali lagi membenarkan hitam melakukan serangan taktikal. Putih termakan perangkap hitam buat kali kedua.

Hitam membalas dengan 15...Qc4+! Triple attack : King, Bishop dan Knight!

S. Khausalaya (PAH) vs Nithyalakshmi Sivanesan (NS)
Putih telah melakukan kesilapan ketika fasa opening. Bishop putih digerakkan dua kali berturut semata-mata mahu menyerang petak f7. Hitam baru sahaja menggerakkan Knightnya 3...Ng8-f6, develop piece sambil menyerang Bishop dan pawn putih di centre. Putih membalas dengan bermain 4.g4? menghalang laluan Bishop untuk lari! Apakah gerakan terbaik hitam untuk menghukum kesilapan putih?

Sekarang hitam berpeluang untuk mendapat Bishop percuma dengan bermain 4...g6! Tetapi hitam memilih gerakan lain iaitu 4...Nxe4, namun hitam masih mampu untuk menang.

Teh De Zen (PP) vs Nor Atikah Lokman (KEL)
Dalam kedudukan ini, putih mempunyai sedikit kelebihan kerana kedudukan King Hitam yang agak terbuka dan terdedah kepada serangan. Namun, kerana sedikit kesilapan, kelebihan putih gagal dimanfaatkan. Putih termakan umpan hitam... Putih bermain 18.Nxd5? Sepatutnya putih hanya perlu mengundurkan Bishopnya ke petak f2 dan bersedia untuk melancarkan serangan seterusnya. Sekarang hitam menghukum kesilapan putih.
Hitam bermain 18...Nxb6 19.Nxb6 20.Bc5+! Double Attack! Menyerang King dan Knight. Sekarang hitam sudah mendapat kelebihan 1 piece dan sepatutnya boleh menang...

tetapi, pada akhirnya putih berjaya mendapat seri selepas berlaku 3 kali berulangnya gerakan yang sama...
Mungkin hitam tidak mempunyai masa yang cukup untuk menang, tetapi berdasarkan kedudukan ini, hitam sepatutnya menang dengan mudah.

36...Be7 37.Ke6 Bc5 38.Kd5 Be7 39.Ke6 Bc5 40.Kd5 (Diagram) 40...Be7 41.Ke6 Bc5 42.Kd5 1/2-1/2

Rancangan hitam sepatutnya sangat mudah :
Pawn f5 putih tidak boleh menjadi Queen kerana petak f8 dikawal oleh Bishop hitam. Jadi, hitam hanya perlu menunggu masa yang sesuai sahaja untuk Kingnya menewaskan pawn putih di petak c4 dan b5, seterusnya membantu pawn b7 untuk menjadi Queen! Di sini, hitam memerlukan tempo, eg. menggerakkan pawn ke b6 atau menggerakkan Bishop ke petak f8. cth 40...b6 41.f6 (King putih perlu melindungi pawn c4) 41...Bf8 42.f7 Bc5 43.Kc6 dan King hitam boleh makan pawn c4!

No comments:

Post a Comment